Penawaran Perkhidmatan Secara Elektronik
G2C
Perkhidmatan Kerajaan kepada Rakyat
Teleprimary Care and Oral Health Clinical Information System (TPC-OHCIS)
Kandungan ini hanya terdapat dalam Bahasa Inggeris.
Sistem e-Tanah
PENGENALAN
- Sistem e-Tanah merupakan sebuah aplikasi kerajaan Elektronik (e-Government) bersepadu yang dibangunkan untuk menjalankan urusan pentadbiran tanah secara elektronik selaras dengan Program Transformasi Kerajaan. Sistem ini bertujuan mempercepatkan proses urusan tanah oleh pengguna dalam pejabat tanah dan capaian maklumat oleh pelanggan tanpa mengabaikan aspek keselamatan. Modul-modul Utama di dalam Sistem e-Tanah adalah Pendaftaran, Consent, Hasil, Strata, Lelong, Pelupusan, Pembangunan, Pengambilan, dan Penguatkuasaan.
LATAR BELAKANG
- Pada 2 Julai 2018, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah disusun semula menjadi Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS). Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) merupakan antara jabatan seliaan KATS.
- JKPTG berperanan menguruskan tanah-tanah Kerajaan Persekutuan mengikut peruntukan di bawah Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957 Perolehan Tanah Persekutuan adalah bagi melaksanakan projek-projek untuk faedah rakyat. Cara perolehan pula adalah melalui pembelian, perizapan, permohonan kepada Kerajaan Negeri, atau pengambilan tanah dibawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Sehingga kini, perolehan dan pengurusan tanah Persekutuan telah dapat dijalankan dengan baik melalui kerjasama daripada semua agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri.
- Kerjasama semua agensi pentadbiran tanah di setiap Negeri juga telah membantu bagi mencapai usaha ini. Ini telah diperkukuhkan lagi melalui sistem berkomputer yang telah diperkenalkan di mana tahap literasi dan pembudayaan ICT dalam kalangan anggota pentadbiran tanah telah meningkat.
- Oleh itu Sistem e-Tanah dibangunkan merupakan salah satu program Kerajaan ke arah merealisasikan Kerajaan Elektronik dalam usaha menambahbaik kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
OBJEKTIF
- Untuk membangunkan dan mendigitalkan sistem pentadbiran tanah elektronik (Jadual 16 Kanun Tanah Negara 1965) dan sistem hakmilik strata elektronik (Jadual 6 Akta Hakmilik Strata 1985) untuk pentadbiran tanah negeri yang lebih efektif, telus dan berintegriti.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN e-TANAH
PORTAL AWAM
Pendaftaran Akaun Pengguna
- Pengguna perlu membuat pendaftaran akaun sebelum melakukan urusan permohonan secara dalam talian
e-Semakan
- Semakan status permohonan melalui Nombor Resit atau ID permohonan
Permohonan Secara Dalam Talian
- untuk urusan seperti Strata, Consent dan Lelong
e-Bayaran
- Semakan dan Pembayaran Cukai Tanah secara dalam talian
e-Carian
- Membuat carian persendirian secara dalam talian
Pengurusan Wakil
- Mengemaskini maklumat wakil Firma Guaman dan Juruukur Berlesen
CIRI-CIRI SISTEM e-TANAH
APAKAH SPOC?
- SPOC adalah merupakan Pusat Perkhidmatan Setempat yang dibangunkan di dalam system e-Tanah untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan pelanggan yang komprehensif kepada pelanggan Pejabat Tanah
MODUL TERAS
- Pendaftaran
- Consent
- Hasil
- Lelong
- Strata
- Pelupusan
- Pembangunan
- Penguatkuasaan
- Pengambilan
ARKITEKTUR
FAEDAH DAN IMPAK PELAKSANAAN e-TANAH
PENGIKTIRAFAN
- Peningkatan kedudukan dalam Laporan Ease of Doing Business 2019 daripada kedudukan ke-24 kepada ke-15 dan dalam Pendaftaran Hartanah pulan daripada kedudukan ke-42 ke kedudukan ke-29.
- AICTA Award, Ubud Bali Indonesia
- World Bank visit to PPTG WPKL
- ·Indonesian Ministry of Agrarian Affairs and Spatial Planning/National Land Agency Visits to PPTG WPKL
- Ordinance Survey International Visit to PPTG WPKL
- Global Consultations on Public Private Partnerships (PPPs) for Land Administration in Vienna, Austria
- 2nd Asean – Rok Ministerial Roundtable And Exhibition On Public Service Innovation di Bexco Center Ii, Busan, Korea Selatan pada 25 – 27 November 2019
- Malaysian Technology Expo 2023 (MTE 2023) Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) telah menyertai Malaysian Technology Expo 2023 (MTE 2023) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 16 hingga 18 MAC 2023. JKPTG mempertandingkan inovasi modul Single Window Search (SWS) Sistem e-Tanah Wilayah Kuala Lumpur dan telah menerima Anugerah Silver Award bagi Kategori Public Service Innovation Asia 2023.Sepanjang MTE 2023 juga, reruai pameran dibuka yang diwakili oleh Bahagian Pengurusan ICT Pentadbiran Tanah (BPICT), JKPTG dengan kerjasama Syarikat Puncak Tegap Sdn Bhd (PTSB) selaku syarikat yang dilantik untuk pembangunan SWS.
RANTAI KEHADAPAN
- Memperkenalkan pengkomputeran awan (cloud computing) untuk mengurangkan kos e-Tanah dari segi penyelenggaraan.
- Mengkaji alternatif lain dalam pentadbiran tanah untuk membolehkan transaksi elektronik / dalam talian seperti e-Dealings dan e-Lodgements
- Memperkenalkan keseragaman (proses penyeragaman) untuk mengurangkan jurang antara peraturan dan tindakan tanah negeri.
- Peningkatan program pengurusan perubahan untuk menggalakkan pengguna dan orang awam menggunakan sistem.
- Mengkaji teknologi baharu seperti rantaian blok untuk meningkatkan keselamatan sistem.
- Peluasan Sistem e-Tanah ke 8 negeri lain
MAKLUMAT TERPERINCI
Pegawai yang boleh dihubungi
- Puan Tengku Rohana binti Tengku NawawiJawatan: PengarahNo. Telefon: 03-88861305No. Faks: 03-8889 3461Alamat e-mel: tengku_rohana@jkptg.gov.my
- Puan Fadlilaton binti IsmailJawatan : Timbalan PengarahNo. Telefon: 03-88861308No. Faks: 03-8889 3461Alamat e-mel: fadillaton@jkptg.gov.my
LOGO e-TANAH
QR CODE
URL
