Bagi pasangan bukan Islam, terdapat beberapa jenis tuntutan dan hak isteri terhadap suami apa bila mereka bercerai. Antara tuntutan dan hak tersebut adalah seperti yang berikut:
Alimoni
Alimoni merupakan tuntutan bayaran kewangan terhadap pasangan selepas berlaku perceraian.
Terdapat beberapa jenis alimoni, antaranya:
- Alimoni sementara: diberikan untuk tempoh tertentu
- Alimoni tetap: diberikan secara berterusan dan berpanjangan
- Alimoni anak: bayaran sokongan kewangan untuk keperluan anak-anak
Tuntutan harta sepencarian
Pasangan boleh menuntut bahagian ke atas harta yang diperoleh semasa perkahwinan. Mahkamah akan mengambil kira:
- Sumbangan langsung: harta yang diperoleh bersama oleh kedua-dua pihak
- Sumbangan tidak langsung: sumbangan yang bukan berbentuk wang atau benda tetap menghasilkan harta atau aset kepada pasangan
Penjagaan anak
Ditentukan oleh mahkamah berdasarkan kepentingan dan kebajikan anak.
Jenis penjagaan:
- Penjagaan penuh (full custody)
- Penjagaan bersama (joint custody)
- Hak lawatan (access rights) untuk ibu atau bapa yang tidak mendapat penjagaan penuh
