
Auditor General’s Dashboard (AGD) ialah platform dalam talian rasmi Jabatan Audit Negara yang memaparkan maklumat, status tindakan serta laporan pemantauan isu-isu audit kerajaan secara telus dan masa nyata (real-time) kepada umum. Ia membolehkan rakyat memantau pemulihan kewangan, pencegahan ketirisan dan penambahbaikan tadbir urus sektor awam secara terbuka. Melalui Portal AGD, Jabatan Audit Negara komited memastikan setiap ringgit dana awam dibelanjakan secara berhemah demi memperkasakan tatakelola dan akauntabiliti negara.
Keberkesanan AGD membolehkan Malaysia dijadikan sebagai model ikutan badan audit antarabangsa (Supreme Audit Institutions) dalam memperkasa integriti dan kebertanggungjawaban pengurusan dana negara. Platform ini turut menerima pengiktirafan daripada Association of Certified Fraud Examiners (ACFE) pada tahun 2025 sebagai papan pemuka dalam talian yang memaparkan dapatan audit secara masa nyata, kemaskini dan telus serta perlu dijadikan penanda aras global dalam ekosistem tadbir urus.
Layari portal AGD