Pesuruhjaya Sumpah ialah orang yang dilantik di bawah kuasa undang-undang yang diperuntukkan oleh seksyen 11(2) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 oleh YAA Ketua Hakim Negara.
Pesuruhjaya Sumpah diberi kuasa untuk menyaksikan tandatangan serta menerima akuan sumpah bagi tujuan rasmi dan perundangan.
Jenis-jenis dokumen yang memerlukan khidmat Pesuruhjaya Sumpah:
- Akuan berkanun
- Afidavit
- Dokumen pelbagai
Semak direktori Pesuruhjaya Sumpah lantikan semasa yang berhampiran lokasi anda di pautan yang berikut:
Direktori Pesuruhjaya Sumpah