PROTÉGÉ (Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs) merupakan inisiatif pembangunan belia yang bertujuan meningkatkan kebolehpasaran graduan dan melahirkan usahawan muda.
Program ini diselia oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama agensi serta industri.
Program kebolehpasaran graduan melalui latihan insaniah, pendedahan industri dan bimbingan mentor.
Sasaran: graduan diploma dan ke atas atau yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan
Manfaat:
- Peluang latihan industri dan pendedahan kerjaya sebenar
- Elaun bulanan sepanjang tempoh latihan tertentu
- Bimbingan daripada mentor industri & usahawan berjaya
- Peluang untuk diserap ke syarikat pelaksana