KESELAMATAN, KOMUNITI & UNDANG-UNDANG
Definisi Bencana Bencana merupakan sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks atau meliputi kawasan yang luas. Ia mengakibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kemusnahan alam sekitar serta menjejaskan aktiviti kehidupan harian. Ketika berlaku bencana seperti banjir, tanah runtuh, ribut atau kebakaran besar, orang ramai disarankan untuk sentiasa bertenang dan mengikuti arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan diri serta keluarga. Berikut merupakan prosedur yang perlu dilakukan semasa berlakunya bencana: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Radio, televisyen dan portal rasmi kerajaan Kenal pasti Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berdekatan anda. Segera menuju ke pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya diarahkan berpindah. Ikut laluan yang selamat Jangan tunggu keadaan menjadi lebih bahaya Bawa bersama ‘Grab Bag’ Grab Bag Kad pengenalan dan dokumen penting Ubat-ubatan Pakaian asas Telefon dan pengecas Makanan dan keperluan bayi jika perlu Elakkan meredah arus deras atau kawasan banjir Tutup bekalan elektrik dan gas jika perlu Jauhi tiang elektrik atau kabel putus Jangan sebarkan berita tidak sahih 999 : MERS Talian kecemasan 991 : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kemaskini maklumat peribadi serta ahli keluarga melalui aplikasi MyIBJKM Kenalpasti dan lantik wakil ketua isi rumah melalui aplikasi MyIBJKM Daftar sebagai mangsa bencana menetap/ tidak menetap dengan petugas Buat permohonan bantuan wang ihsan melalui aplikasi MyIBJKM semasa pendaftaran Patuhi arahan keselamatan Jaga kebersihan dan kesihatan Gunakan kemudahan secara berhemah Pastikan kawasan telah disahkan selamat Elakkan menyentuh peralatan elektrik Periksa keadaan struktur rumah Memastikan keadaan rumah bebas daripada ancaman dan binatang berbisa seperti ular dan lipan Rekod kerosakan jika perlu untuk tujuan bantuan Selain daripada prosedur ketika berlaku bencana, terdapat juga persiapan awal menghadapi bencana yang tidak menjejaskan tempat tinggal (contoh: kemarau) seperti: Minum air secukupnya Tidak digalakkan keluar rumah Pakai pelitup mulut dan hidung
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) merupakan agensi pusat yang menyelaras pengurusan bencana di Malaysia secara menyeluruh dan melibatkan semua peringkat iaitu persekutuan, negeri dan daerah. Peranan utama NADMA: 1. Penyelarasan Pengurusan Bencana Berskala Besar Menyelaras tindakan semua agensi (JKM, APM, PDRM, KKM, RELA dan lain-lain) dalam keadaan bencana Memastikan operasi bencana berjalan secara teratur dan lancar 2. Perancangan & Dasar Bencana Merangka polisi dan pelan tindakan pengurusan bencana negara Menyediakan garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) 3. Kesiapsiagaan Bencana Melaksanakan program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) Melaksanakan latihan dan simulasi bencana Meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti dan agensi terhadap bencana 4. Tindak Balas Kecemasan Mengaktifkan pusat kawalan operasi bencana (PKOB) apabila berlaku bencana tahap 3 Menyelaras operasi menyelamat dan bantuan segera 5. Pengurusan Maklumat & Komunikasi Menyebarkan maklumat rasmi berkaitan bencana Menyediakan laporan dan status terkini kepada orang awam 6. Pemulihan Pasca Bencana Menyelaras usaha pemulihan komuniti Mengurus bantuan kewangan dan sokongan kepada mangsa
Adakah anda ingin terlibat untuk membantu mangsa akibat bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, ribut dan kebakaran? Berikut merupakan antara jenis bantuan yang boleh diberikan: Jenis bantuan kepada mangsa bencana: Perlindungan sementara Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan tempat tinggal, makanan dan keperluan asas Menyediakan aktiviti kaunseling dan permainan tradisional Bantuan keperluan asas Pemberian makanan kering seperti beras, biskut, mi segera, kelengkapan keperluan asas dan kit kebersihan Sokongan kesihatan & emosi Rawatan asas dan pemeriksaan kesihatan serta sokongan emosi Pemulihan pasca bencana Gotong-royong pembersihan dan lain lain mengikut kepakaran agensi, badan korporat, NGO serta sukarelawan Peranan sukarelawan: Membantu agensi dalam pengagihan bantuan Membantu pengurusan logistik dan keperluan di PPS Menyertai operasi pembersihan selepas bencana Membantu penyampaian maklumat kepada komuniti
Siapakah Rakan NADMA? Rakan NADMA merupakan inisiatif kesukarelawanan dan kerjasama komuniti yang diperkenalkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta pengurusan bencana di Malaysia. Platform ini menghimpunkan organisasi bukan kerajaan (NGO) korporat dan akademia untuk bersama-sama membantu dalam usaha pengurusan sebelum, semasa dan selepas bencana.
Ingin tahu situasi bencana semasa negara atau yang berdekatan dengan tempat tinggal anda? Portal Bencana NADMA merupakan portal rasmi yang dibangunkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai pusat rujukan maklumat yang sahih berkaitan situasi bencana di Malaysia. Portal ini menghimpunkan pelbagai informasi seperti: Status dan situasi bencana semasa Info banjir, tanah runtuh, ribut dan bencana lain Statistik mangsa dan kawasan terjejas Lokasi pusat pemindahan sementara (PPS) Garis panduan keselamatan Pengumuman rasmi daripada agensi berkaitan
Seperti Portal Bencana NADMA, InfoBencana oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan maklumat berkaitan pengurusan bencana dan pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara seperti: Statistik mangsa bencana di PPS mengikut negeri serta daerah Senarai PPS yang diaktifkan Jenis bencana Pengguna juga boleh membuat carian atau menyemak status mangsa bencana yang berada di pusat pemindahan sementara melalui portal ini sekiranya terdapat ahli keluarga atau sanak saudara yang terlibat secara langsung semasa bencana berlaku.
MyIBJKM merupakan aplikasi rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membenarkan mangsa bencana melaksanakan proses pengurusan kendiri sebelum, semasa dan selepas bencana. Antara perkhidmatan yang boleh dibuat oleh mangsa bencana: Melantik wakil sebagai Ketua Isi Rumah (KIR) Mengemas kini semua Ahli Isi Rumah (AIR) Mencari lokasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terdekat Mendaftar masuk/ keluar Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Memohon Bantuan Wang Ihsan (BWI) Membuat semakan permohonan BWI telah dibuat dan sebaliknya Boleh memuat turun borang pendaftaran mangsa dan borang permohonan BWI Rekod pendaftaran mangsa dan permohonan BWI
Bantuan Wang Ihsan (BWI) merupakan bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan kepada mangsa yang terjejas akibat bencana, khususnya banjir dan bencana alam lain yang diisytiharkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah atau mana-mana agensi yang berkaitan. Bantuan ini diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama kerajaan negeri, daerah dan agensi berkaitan bagi membantu meringankan beban mangsa selepas berlaku bencana. Anda boleh memohon BWI menerusi aplikasi MyIBJKM.