Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) merupakan sebuah jabatan persekutuan yang menguruskan sukarelawan berteraskan keselamatan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang berperanan membantu menjaga keselamatan, keamanan, perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan negara melalui penglibatan masyarakat dan komuniti secara sukarela.
Secara umumnya, peranan RELA berdasarkan Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 (Akta 752) adalah:
- Membantu mana-mana pihak berkuasa keselamatan apabila diperlukan
- Membantu membuat kawalan lalu lintas dan keselamatan awam
- Mengambil bahagian dalam khidmat masyarakat
- Membantu melindungi bangunan dan harta benda hak milik kerajaan, badan berkanun atau harta persendirian apabila dimohon
Individu yang menyertai RELA secara sukarela dikenali sebagai anggota RELA.
Keahlian: sah bagi tempoh lima (5) tahun bermula dari tarikh pendaftaran dan boleh diperbaharui tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Tahukah anda?
Ketika melaksanakan penugasan rasmi, anggota RELA diberikan pengiktirafan sebagai penjawat awam di bawah pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Faedah menjadi anggota RELA
Sebagai sebahagian daripada penghargaan terhadap khidmat yang diberikan, anggota RELA layak menerima elaun penugasan mengikut kadar dan syarat yang ditetapkan serta lain-lain faedah yang ditawarkan Kerajaan.
Faedah menjadi Anggota RELA