Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertanggungjawab dalam menjaga keamanan, kestabilan dan kedaulatan negara. Peranan dan tanggungjawab ini termaktub di bawah seksyen 3(3) Akta Polis 1967.
Antara peranan utama PDRM:
- Memelihara undang-undang dan ketenteraman
- Mengekalkan Keamanan dan keselamatan
- Mencegah dan mengesan jenayah
- Menangkap dan mendakwa pesalah
- Mengumpul risikan keselamatan
PDRM juga menyediakan pelbagai perkhidmatan digital kepada rakyat seperti semakan saman, laporan polis tertentu dan permohonan berkaitan melalui portal rasmi mereka.