Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) membuka peluang kepada warganegara Malaysia untuk menyumbang khidmat secara sukarela dalam membantu PDRM melaksanakan tugas-tugas berkaitan keselamatan, pencegahan jenayah, kawalan ketenteraman awam serta program kemasyarakatan demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.
Kelebihan menyertai sukarelawan PDRM:
- Elaun penugasan mengikut ketetapan semasa
- Elaun pakaian seragam
- Latihan kepolisan serta pembangunan kompetensi diri
- Pengalaman berkhidmat dan menyumbang kepada masyarakat serta negara
- Pendedahan kepada pelbagai aktiviti dan operasi kepolisian
- Peluang menjadi sebahagian daripada keluarga besar PDRM