Bagi anak warganegara Malaysia di bawah usia 18 tahun yang tidak ditemani oleh ibu bapa atau penjaga, terdapat beberapa dokumen yang diperlukan sebelum dibenarkan berlepas ke luar negara.
- Pasport sah sekurang-kurangnya 6 bulan
- Kad pengenalan (MyKid)
- Salinan sijil kelahiran
- Salinan kad pengenalan ibu atau bapa dan surat kebenaran
Bagi ibu bapa yang bercerai atau dalam proses mahkamah:
- Mempunyai kebenaran bertulis yang sah daripada ibu atau bapa
Jabatan Imigresen Malaysia tidak bertanggungjawab jika terdapat halangan mahkamah yang tidak dimaklumkan oleh pihak ibu atau bapa.
