Sebelum menunaikan ibadah umrah, pastikan anda membuat semakan dan persediaan untuk memastikan perjalanan anda selamat, teratur dan bebas penipuan.
Antara perkara penting sebelum menjalankan umrah:
- Hanya berurusan dengan agen atau syarikat yang sah dan berlesen. Semak agensi pelancongan umrah yang sah dan berlesen dengan MOTAC
- Fahami butiran pakej umrah termasuk kos, tempoh, penginapan dan penerbangan
Semak nombor kelulusan iklan umrah sebagai langkah berjaga-jaga sebelum memilih pakej umrah.
Kelulusan Iklan Umrah- Semak senarai amaran dan syarikat berisiko melalui portal MOTAC bagi memastikan syarikat beroperasi secara sah.
MOTAC menyediakan senarai entiti yang melakukan kesalahan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] termasuk entiti yang sedang dalam proses siasatan sebagai rujukan kepada pengguna.
Semakan boleh dibuat di pautan berikut:
Senarai amaran entiti yang melakukan kesalahan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482]