Sekiranya pasport anda hilang/ rosak, anda perlu membuat penggantian segera di mana-mana pejabat imigresen berdekatan:
Dokumen yang diperlukan:
- Laporan Polis (kes kehilangan/ kes kebakaran/ kes bencana alam)
- Kad pengenalan pemohon
- Sijil Lahir dan kad pengenalan Ibu/ Bapa yang hadir (pemohon berumur bawah 18 tahun)
- Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09) sekiranya tiada kad pengenalan
- Surat pengesahan majikan yang bertugas di luar negara (jika berkaitan)
- Sijil Perakuan Cemas (SPC) dan surat daripada Pejabat Operasi Imigresen di pintu masuk (jika kehilangan/ kerosakan berlaku di luar negara)
Kelulusan permohonan gantian pasport yang telah hilang/ rosak bergantung kepada keputusan Ketua Pengarah Imigresen.
Tempoh keputusan: 5 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
Kehilangan pasport di luar negara hendaklah dilaporkan segera di pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat bagi mendapatkan gantian.
