"Perkhidmatan ini membolehkan pengguna membuat carian petunjuk geografi secara dalam talian melalui MyIPO. “Petunjuk Geografi” adalah suatu petunjuk yang boleh mengandungi satu atau lebih perkataan yang mengenal pasti apa-apa barang sebagai berasal dari suatu negara atau wilayah, atau suatu rantau atau lokaliti dalam negara atau wilayah itu, yang suatu kualiti, reputasi atau ciri-ciri lain barang itu adalah pada dasarnya boleh dikaitkan dengan tempat asal geografinya. Perlindungan petunjuk geografi adalah selama 10 tahun dan perlu diperbaharui.
"