Karya-karya yang layak mendapat perlindungan hak cipta ialah :
- Karya sastera
- Karya muzik
- Karya seni
- Filem
- Rakaman bunyi
- Siaran
- Karya terbitan
Tempoh perlindungan hakcipta adalah mengikut jenis karya:
- Karya Sastera, Karya Muzik atau Karya Seni
Hak Cipta mengenai mana-mana karya sastera, muzik atau seni wujud semasa hayat pencipta dan hendaklah terus wujud sehingga habis tempoh lima puluh tahun selepas kematiannya. - Filem, Rakaman Bunyi dan Pelaku
Hak cipta hendaklah wujud selama 50 tahun dari karya itu diterbitkan, dibuat penetapan untuk karya filem dan rakaman bunyi. Bagi pelaku, hak cipta itu hendaklah wujud daripada persembahan dilakukan atau penetapan dalam rakaman bunyi. - Siaran
Hakcipta dalam siaran, perlindungan berlaku dalam cara transmisi sama ada melalui cara wayar atau tanpa wayar (wireless), tempoh selama lima puluh tahun hendaklah dikira dari mana siaran pertama kali dibuat.