Perkhidmatan ini membolehkan usahawan dan pengusaha makanan memohon dan melakukan carian pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS) bagi premis makanan untuk memastikan makanan dan premis selamat dan mematuhi keperluan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pensijilan ini sesuai untuk usahawan muda dan PKS yang baru memulakan perniagaan makanan.