Perkhidmatan / Inisiatif ini bertujuan membantu perniagaan untuk mendigitalkan perniagaan mereka bermula dengan Penilaian Tahap Kematangan Digital yang akan mengenalpasti tahap kesediaan dan peluang digitalisasi perniagaan. Perniagaan yang telah dinilai tahap kematangan digital akan dipadankan dengan beberapa langkah intervensi seperti :
(i) khidmat nasihat berkaitan teknologi dan penyelesaian digital dalam perniagaan,
(ii) teknologi dan penyelesaian digital yang bersesuaian untuk diadaptasi berdasarkan penilaian,
(iii) akses kepada dana bagi membantu digitalisasi dan juga teknologi berkaitan kewangan,
(iv) akses kepada keperluan peningkatan kemahiran (upskilling), mendapatkan kemahiran baharu (reskilling) dan penggunaan model lain seperti model Ekonomi Perkongsian.