1) Mempunyai akaun MYeHALAL International.
2) Pemohon merupakan syarikat berdaftar di Malaysia seperti pengimport, pengedar, ejen atau anak syarikat.
3) Mempunyai dokumen pendaftaran syarikat di Malaysia.
4) Mempunyai lesen pengilang luar negara yang sah.
5) Mempunyai Eksekutif Halal beragama Islam yang dilantik.
6) Menyediakan Manual Sistem Jaminan Halal (HAS).
7) Mempunyai sijil halal atau dokumen spesifikasi bahan mentah dan ramuan.
8) Menyediakan carta alir pemprosesan produk, pelan kilang dan label pembungkusan.
9) Mempunyai dokumen sokongan tambahan mengikut kategori produk (jika berkaitan).
10) Bersedia menjalani proses audit kilang oleh JAKIM.
-