Statistics Data Warehouse (StatsDW) ialah Gudang Data Perusahaan (Enterprise Data Warehouse - EDW) Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ia menyimpan data sejarah seawal tahun 1974 daripada pelbagai bancian dan tinjauan yang dijalankan oleh DOSM serta data yang dikumpul bagi penunjuk ekonomi. StatsDW membolehkan capaian data yang pantas dan mudah (seperti data siri masa) serta memudahkan akses yang lebih meluas kepada pengguna mengikut keperluan dan tahap akses yang dibenarkan.