Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Sorotan
Paparan 1 - 10 daripada 27 carian perkhidmatan digital
Papar 10 Perkhidmatan Digital Setiap Muka Surat
Pengguna boleh membuat semakan kad veteran ATM menerusi perkhidmatan ini.
Veteran ATM dan waris boleh membuat semakan skim kebajikan yang diterima menerusi perkhidmatan ini.
Veteran ATM dan waris boleh membuat semakan faedah perubatan yang diterima menerusi perkhidmatan ini.
VIBES 2.0 (Veteran Integrated Benefit System) merupakan sistem utama JHEV ATM yang berperanan menguruskan maklumat Veteran ATM dan orang tanggungan, termasuk pengurusan permohonan serta pembayaran faedah persaraan, tuntutan faedah perubatan, skim bantuan kebajikan dan bantuan mengurus jenazah. Sistem ini juga menyokong pemprosesan permohonan kad veteran, penyertaan kursus yang ditawarkan, kemudahan padanan pekerjaan serta pengurusan persatuan Veteran ATM secara dalam talian.
Perkhidmatan ini membolehkan orang awam membuat bayaran fi pusaka.
Kalkulator Akta 300 ialah alat simulasi yang membolehkan pengguna membuat pengiraan pembahagian harta pusaka bagi si mati bukan Islam mengikut peruntukan di bawah Akta Pembahagian 1958 (Akta 300).
Kalkulator Faraid ialah alat simulasi yang membolehkan pengguna membuat pengiraan anggaran pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid Islam secara atas talian berdasarkan bilangan waris dan jenis hubungan.
Perkhidmatan ini membolehkan waris atau pemohon menyemak status permohonan pembetulan maklumat berkaitan kematian dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), termasuk pembatalan atau pindaan sijil kematian, secara dalam talian.
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna menyemak status permohonan berkaitan permohonan pembahagian pusaka melalui portal MyLAND.
Aplikasi MyLAND membolehkan waris dan pihak yang berkepentingan membuat permohonan pembahagian pusaka kecil, menyemak status permohonan dan perbicaraan secara dalam talian serta membuat pembayaran Perintah Pusaka melalui ePayment Sistem MyLAND tanpa perlu hadir ke pejabat. Perkhidmatan secara dalam talian ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan orang ramai dalam menguruskan harta pusaka si mati.