Analitis Data Raya
Inisitif Analitis Data Raya Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (BDA NRES)
Inisiatif Analitis Data Raya Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (BDA NRES)
Projek Analitis Data Raya Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (BDA NRES) telah dimulakan pada tahun 2016 melibatkan pembangunan Rangka Kerja Big Data dan dua (2) projek rintis. Rangka Kerja Big Data yang dibangunkan tersebut merupakan satu garis panduan strategik bagi memacu pelaksanaan big data di Kementerian dan juga jabatan di bawahnya. Pada tahun 2019-2024 sebanyak tiga (4) kes bisnes BDA NRES telah dibangunkan.
Kes bisnes BDA NRES tersebut seperti berikut :
- Penggunaan Bersepadu Maklumat Air Tanah dalam Pengurusan Sumber Air Negara (GroW) untuk Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).
- Penganalisaan dan Peramalan Insiden Kebakaran Hutan Dalam Hutan Simpanan Kekal Di Semenanjung Malaysia (Forest Fire) untuk Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM).
- Malaysia Adaptation Index (MAIN) untuk Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM).
- Pengurusan Maklumat Bersepadu Bencana Geologi Tanah Runtuh Negara (GeoSlide) untuk Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).
Faedah Pelaksanaan Projek
- Membantu dalam pembuatan keputusan yang lebih baik dan tepat berpacukan kepintaran data. Dengan menganalisis sejumlah besar data, pihak pengurusan dapat mengenal pasti corak dan trend yang membantu meramalkan jangkaan masa depan dan membuat keputusan strategik.
- Membantu dalam pengurusan risiko yang lebih awal dengan menyediakan strategi dan mengurangkan kesan impak terutama berkaitan alam sekitar dan bencana.
- Membuat peramalan dan perancangan yang lebih terancang kerana keupayaan BDA meramalkan trend masa depan berdasarkan data sejarah. Ini membantu dalam perancangan sumber, pengurusan tenaga kerja, dan penyediaan perkhidmatan yang lebih responsif.
