Analitis Data Raya
Latihan Pembelajaran Mesin
Pengenalan
Pembelajaran mesin adalah suatu bidang di bawah sains komputer yang merangkumi aplikasi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence). Ia menyediakan sistem keupayaan pembelajaran secara automatik dan mempelajari melalui pengalaman tanpa diprogramkan.
Pembelajaran mesin memberi tumpuan kepada pembangunan program komputer yang boleh mengakses data dan menggunakannya untuk belajar secara kendiri. Ianya merangkumi analitis secara Descriptive, Diagnostic, Predictive dan Prescriptive. Proses pembelajaran bermula dengan pemerhatian data, pembelajaran melalui pengalaman pengecaman pola dan trend. Ini secara tidak langsung akan membenarkan ia membuat keputusan yang lebih baik di masa hadapan melalui pembelajaran-pembelajarannya.
Matlamat utama pembelajaran mesin adalah untuk membolehkan komputer belajar secara automatik tanpa diberi arahan atau bantuan dari manusia dan ia akan menyesuaikan tindakan sewajarnya. Pembelajaran mesin akan meneroka pengkajian, pembinaan algoritma dan pembinaan model yang boleh dipelajari serta peramalan data bagi membuat keputusan berdasarkan data-data secara analitis.
Latar Belakang
Sejajar dengan Teras 2, Kerajaan Berpacukan Data di dalam Pelan Strategik ICT Sektor Awam(PSICTSA) 2016 – 2020, pelan berkaitan Data Raya akan dibangunkan dan diluaskan kepada keseluruhan kementerian dan agensi Kerajaan untuk menyokong kejayaan pelaksanaan Program Transformasi Nasional serta mempertingkatkan sistem penyampaian agensi Sektor Awam dan Pembelajaran Mesin merupakan salah satu inisiatif di bawah program Data Raya.
Objektif
Objektif melaksanakan Pembelajaran Mesin adalah seperti berikut:
- Mendedahkan kepada penjawat awam di dalam kaedah analitis data yang lebih sistematik dan efektif
- Memudahkan ramalan dilakukan dengan lebih terperinci dan tepat
- Membantu pihak Kerajaan di dalam membuat keputusan melalui analitis yang dibuat
- Menjimatkan kos perbelanjaan Kerajaan menerusi eksplorasi data dan ramalan yang melibatkan perbelanjaan, bajet dan perolehan Kerajaan.
- Meningkatkan penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat
Impak
Kakitangan Kerajaan dapat membangunkan analitis data melalui kaedah Pembelajaran Mesin secara kendiri dan seterusnya menyumbang kepada pembuat dasar dan pembuat keputusan di dalam Kerajaan bagi menentukan hala tuju negara.
Ini secara tidak langsung akan memberi manfaat dan meningkatkan tahap kesejahteraan dan kualiti hidup yang lebih baik untuk rakyat secara amnya.
Rantaian Kehadapan
Kecerdasan buatan dan teknologi yang berkaitan akan digunakan di pelbagai industri di seluruh dunia. Ianya juga akan menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita menjelang 2020.
Gartner juga meramalkan bahawa menjelang 2020, kecerdasan buatan akan menjadi salah satu daripada lima keutamaan pelaburan utama. Pembelajaran mesin yang merupakan salah satu cabang di dalam kecerdasan buatan perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelbagai kementerian dan agensi Kerajaan.
Walaubagaimanapun, pada masa kini kebanyakan organisasi tidak mempunyai kakitangan yang mahir bagi memanfaatkan teknologi ini. Dalam menuju ke arah Kerajaan Digital, kakitangan Kementerian dan agensi Kerajaan perlu mahir dan pakar di dalam bidang berkenaan bagi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan bertumpukan rakyat dengan menghapuskan kerenah birokrasi, memperluas liputan perkhidmatan, meningkatkan akauntabiliti dan penjimatan perbelanjaan Kerajaan.
Sehubungan dengan itu, latihan dan kursus berkaitan dengan Pembelajaran Mesin dan kecerdasan buatan perlu di berikan secara terperinci kepada penjawat awam bagi merealisaikan impian sebagai Kerajaan Digital.
Maklumat Lanjut
Saifuddin Bin Mohd
03-88723167
Pautan Url Berkaitan
Gartner Press ReleaseData Raya Sektor AwamGaris Panduan DRSA