Analitis Data Raya
Pembangunan Kompetensi Dalam Bidang Sains Data Di Sektor Awam
LATAR BELAKANG
Era digital telah bertapak di negara kita seiring dengan perubahan yang berlaku di peringkat global. Kemunculan dan kepesatan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) yang bersifat disruptif berpotensi merubah landskap sosio-ekonomi dunia dengan ketara. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah merangka Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara bagi memastikan Malaysia dapat memanfaatkan inovasi dan penggunaan teknologi 4IR secara beretika untuk mendepani perubahan sosio-ekonomi yang strategik.
Senario dan trend semasa ini memerlukan kita mengubah cara kita memberikan perkhidmatan kepada rakyat agar perkhidmatan awam terus diyakini dan dihargai. Di sektor awam juga, penggunaan teknologi 4IR seperti Artificial Intelligence (AI), Internet of Things (IoT), Blockchain dan Analitis Data Raya dalam menghasilkan aplikasi pintar berimpak tinggi merupakan pendekatan yang diberi keutamaan bagi memacu transformasi digital sektor awam seperti mana ditetapkan dalam Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 dan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).
DATA RAYA SEKTOR AWAM (DRSA)
Aplikasi data raya sebagai salah satu emerging technologies adalah signifikan untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos operasi organisasi melalui perancangan dan pembuatan keputusan yang tepat, berkesan dan inklusif berasaskan data. Berpaksikan mandat yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri dalam mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC Malaysia (ICM) Bilangan 25 pada 14 November 2013,

