Analitis Data Raya
Pusat Analitik Data Raya Negara (NBDAC)
Latar Belakang
Pusat Analitik Data Raya Negara (NBDAC) ditubuhkan bertujuan untuk menyokong hasrat Kerajaan dalam memastikan setiap perancangan dan pembuatan keputusan berlandaskan analitik data selaras dengan inisiatif Kerajaan Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR). WKB 2030 yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 5 Oktober 2019 turut menggariskan kepentingan data raya yang merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada perubahan kaedah membuat keputusan oleh pihak kerajaan dan swasta. Justeru, penubuhan NBDAC perlu dipercepatkan bagi memperkukuh Sistem Statistik Negara dan membantu kerajaan mempermudahkan keputusan dasar serta menjadi pusat pengumpulan data secara bersepadu. Penubuhan NBDAC turut diberi penekanan sekali lagi dalam Pembangunan Pangkalan Data dan Profil bagi Sektor Informal dan pasaran buruh yang amat terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Penubuhan NBDAC ini turut mengambilkira langkah proaktif DOSM dalam membangunkan Projek Data Raya yang dikenali sebagai STATSBDA mulai Disember 2016 sehingga Mei 2018. Tiga modul utama telah dibangunkan iaitu Trade by Enterprise Characteristics (TEC), Price Intelligence (PI) dan Public Maturity Assessment on Official Statistics (PMAOS) dengan meliputi structured dan unstructured data. Tiga (3) modul sampingan turut dibangunkan iaitu Real Time Business Status (RTBS), Real Time News on Official Statistics (RTOS) and BizCode@Stats. Seterusnya DOSM juga sedang meneroka pioneer pilot project NBDAC antaranya
