Bandar Pintar
Negeri Pintar Pulau Pinang
Dokumen Agenda Negeri Pintar Pulau Pinang
Dokumen Agenda Negeri Pintar Pulau Pinang ini merupakan suatu dokumen penting yang merekodkan perjalanan Negeri Pulau Pinang ke arah menjadi sebuah Negeri Pintar Bertaraf Antarabangsa selaras dengan Visi Penang2030 yang telah digariskan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang.
Dokumen ini juga adalah selaras dengan hasrat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi melahirkan Bandar Pintar di Malaysia ketika pelancaran Kerangka Bandar Pintar Malaysia pada September 2018 dengan menekankan cabaran berhadapan dengan populasi besar penduduk di kawasan bandar terhadap agensi kerajaan.
Dokumen Agenda Negeri Pintar Pulau Pinang menggariskan 5 domain yang terdiri daripada Kerajaan Pintar, Komuniti Pintar, Persekitaran Pintar, Mobiliti Pintar dan Ekonomi Pintar yang akan memacu negeri ke arah mencapai tahap pembangunan lestari selaras dengan Agenda Pembangunan Mampan (SDG), khususnya Agenda 11 yang bermatlamatkan “Menjadikan Bandar-Bandar dan Penempatan Manusia Lebih Inklusif, Selamat, Berdaya Tahan Dan Mampan”.
Pelan Tindakan Agenda Negeri Pintar Pulau Pinang
1. Melaksanakan hala tuju negara:
Menterjemah dasar-dasar diperingkat global, nasional dan negeri kepada pelan tindakan jangka panjang diperingkat tempatan.
2. Platform kerjasama dan kolaborasi:
Menjalinkan kerjasama antara agensi, pihak berkepentingan dan pemain industri terutama berkaitan integrasi dan perkongsian data serta teknologi berkaitan smart solution.
3. Meningkatkan kualiti hidup penduduk:
Mengatasi isu dan cabaran perbandaran melalui penyelesaian smart solution dan penggunaan teknologi.
4. Menjimatkan kos jangka panjang:
Mengurangkan kos pembangunan bagi pelaksanaan inisiatif bandar pintar jika dilaksanakan secara komprehensif.
5. Panduan dan rujukan utama pelaksanaan bandar pintar:
Menjadi panduan dan rujukan agensi pelaksana, pihak berkepentingan terutamanya kepada pihak PBT dalam merancang dan melaksanakan pembangunan bandar pintar.
6. Ke arah mencapai bandar pintar:
Mempercepatkan pelaksanaan agenda bandar pintar bagi mencapai manifestasi negara ke arah negeri pintar (smart nation) agar setanding dengan bandar-bandar di peringkat antarabangsa
Untuk maklumat lanjut, sila klik disini
