Blockchain
Inisiatif Teknologi Blockchain dan Teknologi Lejar Teragih (DLT) di Malaysia 2019
Pengenalan
Teknologi Blockchain dan Teknologi Lejar Teragih (DLT) adalah merupakan teknologi internet asli yang sering dibandingkan dengan Internet sebagai suatu teknologi transformatif. Teknologi Blockchain dan Teknologi Lejar Teragih (DLT) berkongsi beberapa persamaan, iaitu kedua-duanya ialah set protokol perisian (digital) yang membenarkan komunikasi tanpa keizinan antara mesin (contoh komputer ke komputer, komputer ke telefon pintar, dsb). Internet lebih menumpukan kepada penyampaian data tetapi blockchain dan teknologi lejar teragih (DLT) menumpukan kepada transaksi atau pertukaran nilai (contoh, aset digital seperti kriptowang, identiti, dsb).
Malaysia sedang meneliti teknologi “blockchain” yang merangkumi kedua-dua blockchain [sejenis teknologi lejar teragih (DLT)] dan teknologi lejar teragih (DLT) sebagai satu entiti, seiring dengan inisiatif yang sedang dijalankan di peringkat ISO, iaitu TC 307 (Jawatankuasa untuk Teknologi Blockchain dan Teknologi Lejar Teragih). Malaysia adalah merupakan salah satu ahli pengasasnya Jawatankuasa ini.
Latar Belakang
Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil peranan utama sebagai penggerak blockchain dan inisiatif awal kerajaan ini bermula pada 2015 ditumpukan kepada sistem kewangan melalui pembangunan fintech.
Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) menumpukan usahanya kepada teknologi
