Keupayaan dan Kompetensi Digital
E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)
Pengenalan
e-Pembelajaran Sektor Awam atau EPSA adalah latihan secara dalam talian bagi memberi kemudahan kepada penjawat awam mengikuti kursus pada bila-bila masa di mana sahaja. Pembelajaran dalam talian adalah pilihan yang lebih efisien dari segi masa dan kos. Tuntutan pembelajaran sepanjang hayat yang secara tidak langsung menambah tuntutan terhadap individu supaya sentiasa mendapatkan akses kepada pengetahuan secara berterusan.
Latar belakang
Sistem e-Pembelajaran Sektor Awam atau EPSA adalah inisiatif Kerajaan Malaysia dimana INTAN telah diberikan mandat untuk menggalakkan penggunaan ICT kepada kakitangan awam untuk tujuan pembelajaran berterusan dan sepanjang hayat. Setiap penjawat awam sama ada pra, di dalam atau selepas perkhidmatan layak menjadi ahli EPSA. Keahlian EPSA bagaimanapun tertakluk kepada dasar privasi. EPSA merupakan penyelesaian pembelajaran inovatif (innovative learning solution) untuk kegunaan semua penjawat awam. Sistem EPSA membolehkan penjawat awam mengikuti kursus secara dalam talian tanpa perlu hadir secara fizikal di mana-mana institusi latihan. Sistem ini telah beroperasi secara rasmi pada 9 Julai 2007. Lokasi pelaksanaan ialah di INTAN, Bukit Kiara dan boleh dicapai oleh semua personel sektor awam, sama ada di dalam atau di luar negara. Pembangunan Sistem EPSA merupakan satu idea kreatif dan inovatif untuk membudayakan pembelajaran berterusan di kalangan penjawat awam. Ia merupakan sistem e-pembelajaran sektor awam yang pertama di Malaysia. Kaedah pembelajaran ini adalah pelengkap kepada kaedah latihan sedia ada. Sistem EPSA mampu melatih lebih ramai penjawat awam pada sesuatu masa berbanding dengan latihan dalam bilik kuliah. Sistem EPSA boleh dicapai tanpa batasan masa dan tempat sebagaimana tagline EPSA "Pembelajaran Bila-bila Masa, Di Mana Jua".
Apakah Objektif Pembangunan EPSA?
1.Menyediakan lebih peluang latihan dan pembelajaran kepada lebih ramai penjawat awam;
