Keselamatan Siber
Perkhidmatan Prasarana Kunci Awam Kerajaan (GPKI)
Apakah Itu GPKI?
GPKI adalah satu perkhidmatan keselamatan ICT menggunakan sijil digital yang mematuhi Akta Tandatangan Digital 1997 dan Peraturan-peraturan Tandatangan Digital 1998. GPKI telah mula dilaksanakan pada tahun 2002. Pelaksanaan GPKI juga melibatkan pembekalan sijil digital oleh Pihak Berkuasa Pemerakuan Berlesen - Certification Authority (CA) yang dilantik oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Mutlimedia Malaysia.
Apakah Objektif Pelaksanaan GPKI?
Perkhidmatan ini dibekalkan dan diuruskan secara berpusat oleh MAMPU
adalah untuk menjamin keselamatan transaksi data, maklumat dan perkhidmatan ICT sektor awam secara dalam talian.
Sijil Digital dibekalkan bagi tempoh sah dua tahun untuk dua tujuan utama iaitu pengesahan identiti (authentication) dan mengelak penyangkalan tandatangan digital (digital signing) serta penyulitan dan penyahsulitan (encryption and decryption) maklumat.
Apakah Aplikasi-aplikasi Yang Menggunakan GPKI?
Antara aplikasi-aplikasi yang menggunakan perkhidmatan ini adalah seperti berikut:

Secara keseluruhannya, sebanyak 26,074 unit dan sebanyak 171 unit sijil digital pelayan telah dibekalkan sehingga Disember 2016.

Apakah Perkhidmatan Yang Disediakan oleh GPKI?
Perkhidmatan yang disediakan meliputi:

