Keselamatan Siber
Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSSA)
Pengenalan
Rangka kerja keselamatan siber adalah panduan asas dan komponen keselamatan yang perlu diambil kira oleh kementerian serta agensi sektor awam bagi melindungi maklumat dalam ruang siber mereka.
RAKKSSA versi 1.0 merupakan dokumen yang menerangkan rangka kerja keselamatan siber yang mesti digunakan oleh kementerian dan agensi Sektor Awam dalam merancang perlindungan yang diperlukan bagi ruang siber masing-masing. Selain itu, Agensi pengauditan juga boleh menggunakan dokumen ini untuk memastikan Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat bagi pelaksanaan sistem ICTadalah lengkap dan menentukan tahap keselamatan dan kematangan sistem.
Rangka kerja ini juga menjelaskan tatacara pengendalian Maklumat Rahsia Rasmi dan keperluan merujuk kepada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) bagi urusan berkaitan pewujudan, pengkelasan, pengendalian, simpanan, premis dan pelupusan maklumat. Aspek penting rangka kerja ini adalah untuk memastikan prinsip keselamatan yang bersesuaian dipenuhi berdasarkan penilaian risiko dan pengolahan risiko yang diperlukan.
Mengapa RAKKSSA dibangunkan?
RAKKSSA telah dibangunkan bagi:
- Memastikan hanya satu rangka kerja keselamatan siber yang menyeluruh
- Menangani serangan dan pencerobohan siber semakin meningkat dan menggugat kestabilan dan kemakmuran negara.
- Memastikan perlindungan yang bersesuaian dengan nilai dan sensitiviti aset
- Menggantikan pekeliling dan arahan berkenaan keselamatan siber telah dikeluarkan sejak tahun 2000 dan secara berasingan serta mengandungi perincian yang menyukarkan perubahan untuk mengikut perkembangan teknologi.
Objektif
Objektif RAKKSSA adalah untuk memberi panduan asas kepada agensi dalam merancang perlindungan yang diperlukan bagi ruang siber masing-masing dan memastikan keselamatan penyampaian perkhidmatan Sektor Awam serta meningkatkan tahap keyakinan pemegang taruh.
Komponen Utama
RAKKSSA terdiri daripada lapan (8) komponen utama seperti yang digambarkan dalam rajah dibawah :
