Tindak balas serta Pemulihan Bencana
Bekalan Elektrik
Suruhanjaya Tenaga telah ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001, Suruhanjaya Tenaga (ST) bertanggungjawab mengawal selia sektor tenaga, khususnya industri pembekalan elektrik dan gas berpaip di Semenanjung Malaysia dan Sabah. ST telah mengambil alih peranan Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2002.
Fokus utama ST adalah bekalan elektrik dan gas yang berdaya harap, kos yang munasabah dan selamat digunakan. Peranan ST terbahagi kepada tiga iaitu Kawal Selia Ekonomi, Kawal Selia Teknikal dan Kawal Selia Keselamatan. Maklumat lanjut berhubung bekalan elektrik boleh dilayari di sini.
Komen topik ini
