Emerging Technology
Malaysia Commercialsation Year (MCY)
Inisiatif Tahun Pengkomersialan Malaysia/Malaysia Commercialisation Year (MCY) telah diperkenalkan sejak tahun 2016, bertujuan membantu golongan penyelidik, inovator dan usahawan tempatan melonjakkan pengkomersialan produk/teknologi/perkhidmatan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan ke pasaran tempatan dan antarabangsa.
Sejak tahun 2016 sehingga kini, pelbagai program telah dijalankan di bawah platform MCY menerusi kerjasama sinergi pelbagai pihak seperti penyelidik, agensi pembiaya, technology receivers, technology providers, usahawan dan agensi-agensi berkaitan dalam ekosistem pengkomersialan.
Objektif utama inisiatif MCY adalah:
- Melonjakkan hasil R,D&I daripada universiti, institusi, agensi penyelidikan tempatan sebagai penjana kekayaan melalui proses pengkomersialan.
- Meningkatkan kesedaran pihak berkepentingan dan rakyat tentang kepentingan serta potensi inovasi & pengkomersialan dalam meningkatkan pendapatan negara.
- Menyediakan pelbagai kemudahan fizikal & khidmat nasihat seperti pusat inkubasi, infrastruktur R,D&C, bantuan pemasaran dan audit teknologi yang disediakan oleh pelbagai agensi Kerajaan.
- Meningkatkan keberkesanan usaha pengkomersialan menerusi kerjasama sinergi pelbagai pihak berkepentingan.
Inisiatif utama MCY merangkumi :
- Memudah cara dan intervensi seperti sesi due diligence, pitching, coaching dan kerjasama dengan MyIPO.
- Penganjuran Sidang Kemuncak MCY meningkatkan kesedaran tentang kepentingan inovasi dan potensi pengkomersialan.
- Anugerah MCY bagi mengiktiraf kejayaan penyelidik, inovator dan usahawan teknologi tempatan.
- Promosi produk dan teknologi melalui ekspo dan pameran bagi memperluaskan capaian pasaran.
Impak
Para penyelidik, inovator dan usahawan teknologi perlu melalui proses saringan melalui siri-siri Bengkel Due Diligence untuk menilai tahap kesediaan teknologi (TRL). Seterusnya melalui bengkel tersebut, setiap teknologi atau inovasi diberikan bantuan dan intervensi yang bersesuaian untuk membantu pengkomersialan. Sehingga tahun 2023, sejumlah 1,285 produk/teknologi/perkhidmatan telah melalui proses saringan ini.
Program MCY yang dilaksanakan sejak tahun 2016 sehingga 2023 telah berjaya membantu pengkomersialan sejumlah 553 hasil R&D&I negara ke pasaran tempatan dan antarabangsa dengan nilai jualan lebih RM729 juta.
Pelaksanaan MCY adalah inisiatif untuk melonjakkan hasil penyelidikan, pembangunan dan inovasi tempatan sebagai penjana kekayaan melalui proses pengkomersialan. Kini, momentum kejayaan MCY diperkasakan melalui gelombang ketiga MCY iaitu MCY 3.0 Goes Global yang bermula pada tahun 2021 sehingga 2025. MCY 3.0 berperanan untuk memperluaskan jaringan pengkomersialan dan memperhebatkan lagi daya saing produk/teknologi/perkhidmatan tempatan bagi memasuki pasaran global yang kompetitif.

Pencapaian
Program MCY Summit 2024 yang merupakan kali kelapan telah diadakan pada 12 dan 13 Ogos 2024 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan telah dihadiri oleh lebih 8,000 peserta merangkumi peserta tempatan dan antarabangsa. Persidangan kali ini bertemakan Leading the Regional Innovation telah dianjurkan bersama MRANTI selaku rakan strategik. Tujuan acara kemuncak tahunan MOSTI ini adalah untuk mengiktiraf pencapaian penyelidik dan usahawan teknologi tempatan yang telah berjaya mengkomersialkan produk/ teknologi/ perkhidmatan hasil R&D mereka di pasaran tempatan dan antarabangsa. Antara program utama yang berlangsung selama penganjuran 2 hari adalah:
- Majlis Perasmian oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri berserta dengan Penyampaian Anugerah MCY 2023 bernilai RM1 juta. Jumlah pertukaran memorandum perjanjian (MOA) dan memorandum persefahaman (MOU) bernilai lebih RM60 juta.
- Sesi persidangan yang menampilkan 28 orang penceramah terkemuka tempatan dan antarabangsa terdiri daripada menteri, wakil-wakil agensi, industri dan modal teroka dalam ekosistem pengkomersialan dengan topik seperti Ekonomi Hidrogen, AI dan syarikat pemula.
- Pameran 98 produk/teknologi/perkhidmatan R&D tempatan.
- 6 sesi acara satelit yang dikendalikan oleh agensi MOSTI dan agensi Kerajaan lain dalam bidang pengkomersialan.
- 13 sesi podcast topik-topik penting inovasi, teknologi, dan pengkomersialan telah dibincangkan bersama tetamu jemputan.
Maklumat Lanjut
Pegawai untuk dihubungi:
Puan Halema binti Shajahan
Bahagian Pemindahan Teknologi & Pengkomersialan R&D
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Tel: 03-8885 8389
Emel: halema@mosti.gov.my
