Keselamatan Siber
Panduan Keibubapaan Siber
Dunia dalam talian telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita dan juga anak-anak kita. Ia amat pintar, menyediakan peluang untuk belajar, bermain dan bersosial seterusnya menyumbang kepada kemahiran intelektual dan sosial dalam kalangan kanak-kanak. Dengan teknologi yang sentiasa berkembang, dunia dalam talian kini boleh diakses dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja melalui komputer, telefon bimbit, dan peranti-peranti elektronik yang lain.
Kanak-kanak memerlukan bimbingan dan pengawasan daripada ibu bapa dan penjaga mereka untuk membantu mereka mendapatkan manfaat daripada dunia dalam talian dan pada masa yang sama, kekal selamat dan bertanggungjawab.
Panduan ini disediakan untuk membantu ibu bapa dan penjaga mendalami kemahiran keibubapaan siber di dalam dunia digital. Ia akan membantu anda untuk melibatkan diri dalam kehidupan anak-anak anda secara dalam talian. Di samping itu, ia juga untuk menetapkan peraturan dan garis panduan yang akan dapat melindungi mereka.
Maklumat lanjut Buku Panduan Keibubapaan Siber.
