Tindak balas serta Pemulihan Bencana
Interactive Multimedia
Pengenalan
Interactive Multimedia adalah satu permainan portal yang dibangunkan untuk semua lapisan masyarakat. Permainan ini boleh dimain secara langsung di laman web dan menggunakan aplikasi flash sebagai landasan pembangunan. Ia adalah sebuah permainan yang menarik dimana memberikan pendedahan dan pembelajaran dari segi menghadapi bencana dan kecemasan. Juga memberi pengetahuan dan kesedaran kepada semua lapisan masyaraka mengenai wujudnya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Permainan Interactive Multimedia memberi impak yang tinggi kepada semua lapisan masyarakat. Dengan antara muka yang menarik dan bunyi yang interaktif, permainan lancar dapat divisualasasi dalam suasana animasi yang sesuai dengan keadaan yang sebenar.
Latar Belakang
Permainan Interactive Multimedia dibangunkan untuk menyokong Transformasi teknologi baharu Kerajaan serta mempertingkatkan penyampaian permainan kemahiran tentang kecemasan, kemalangan, bencana dan tragedi kepada orang awam. Ia meletakkan kepentingan orang awam sebagai keutamaan paling tinggi dalam penyampaian permainan ini. Medium permainan ini melatih dan mendidik orang awam untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam situasi yang sebenar. Permainan ini juga memperkenalkan Visi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Transformasi teknologi baharu membawa Kerajaan ke arah Negara maju menjelang tahun 2020.
Objektif
Objektif Interactive Multimedia dibangunkan adalah seperti berikut:
i. Memberi kefahaman dan pengetahuan kepada orang awam mengenai Pertahanan Awam Malaysia;
ii. Memberi ilmu kepada orang awam untuk bertindakbalas membantu diri dan orang lain dalam situasi kecemasan dan bahaya; dan
iii. Usaha promosi untuk menarik orang awam menganggotai Pertahanan Awam Malaysia.
Impak
Permainan Interactive Multimedia adalah satu latihan kemahiran yang memberi tumpuan kepada penghasilan outcome yang efektif pada orang awam. Permainan ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran yang lebih baik kepada orang awam.
Rantaian Kehadapan
Malaysia akan menuju ke arah Kerajaan Digital yang menggabungkan bisnes dan teknologi untuk mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan bertumpukan kepada orang awam. Dalam masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang demikian teknologi membantu dalam memperolehi dan memberikan maklumat atau data dalam masa yang singkat. Teknologi membolehkan orang awam mendapat maklumat dengan komputer peribadi melalui rangkaian setempat (LAN) sehingga ke rangkaian antarabangsa (Internet). Sehubungan dengan itu, kerjasama orang awam adalah perlu untuk merealisasikan impian sebagai Kerajaan Digital.
Maklumat Lanjut
Nama : LT. KOL. (PA) Mohd Izuan Bin Berahim
Telefon : 03-26871477
E-mel : mohd_izuan@civildefence.gov.my
Media Sosial :
Facebook