Tindak balas serta Pemulihan Bencana
Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999
Pengenalan
Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 merupakan sistem bersepadu yang menggabungkan perkhidmatan kecemasan lima agensi yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia(PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dalam satu platform ICT bagi mengendali dan menyalurkan panggilan serta maklumat kecemasan melalui satu nombor iaitu 999.
Objektif
Objektif MERS 999 diwujudkan adalah bagi menyediakan bantuan perkhidmatan kecemasan yang berkesan kepada orang awam dengan memberi perlindungan dan keselamatan kepada orang awam, menjaga dan melindungi harta dana alam sekitar, mempertingkatkan kualiti kehidupan dan keadaan social untuk mewujudkan budaya keselamatan awam melalui konsep 1Malaysia 1 Nombor dalam perkhidmatan kecemasan negara.
Tools/Features
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hanya bertindak sebagai penerima maklumat kecemasan.
Impak
- Sebagai pemangkin untuk mencapai salah satu dari 6 bidang Keberhasilan Utama (KRA) iaitu mencegah jenayah
- Mempercepatkan masa respon menangani panggilan kecemasan dengan maklumat yang lengkap dan tepat.
- Mewujudkan keperluan perhubungan, koordinasi dan penyelarasan di antara agensi-agensi kecemasan.
- Bank Data kecemasan dan “Management Dashboard” menyediakan data-data untuk kajian jenayah atau perancangan menangani kecemasan.
- Menggunakan MERS 999 untuk mengukur pencapaian KPI melalui aplikasi Dashboard
