Kenderaan Berautonomi
PENJANA KPT-PACE
PENGENALAN
Pada tahun 2021, Kementerian Pengajian Tinggi telah diluluskan peruntukan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi melaksanakan Program PENJANA KPT-Pensijilan Profesional (PENJANA KPT-PACE). Program ini memberi fokus kepada pemberian sijil profesional sebagai nilai tambah graduan bagi meningkatkan peluang kebolehpasaran. Program-program di bawah inisiatif Penjana KPT-PACE bertujuan membantu pelajar semester akhir dan graduan 2021 membiayai kos atau yuran mengikuti kursus sijil profesional yang berkaitan dengan bidang pengajian.
Susulan itu, Sistem Pemohonan PENJANA KPT-PACE sedang dibangunkan di bawah Portal Graduates Reference Hub for Employment and Training (GREaT), Kementerian Pengajian Tinggi. Sistem ini bertujuan untuk memudahkan pegawai penyelaras KPT-PACE untuk menghantar permohonan program-program yang ingin ditawarkan di bawah PENJANA KPT-PACE.
OBJEKTIF
Sistem Pemohonan PENJANA KPT-PACE bertujuan untuk memantau penawaran program oleh IPT, pelaksanaan program oleh syarikat penganjur program yang dilantik oleh IPT, bilangan permohonan dan penawaran program, kehadiran program serta prestasi perbelanjaan peruntukan yang telah disalurkan di bawah PENJANA kepada KPT bagi melaksanakan program ini. Data penawaran dan pelaksanaan program yang dikumpulkan dalam bentuk pelaporan berstruktur, akan dikemukakan kepada agensi penyelaras program peningkatan kemahiran di bawah PENJANA iaitu Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF), Kementerian Sumber Manusia.
RANTAIAN KE HADAPAN (Way Forward)
Sistem ini dilengkapkan agar permohonan daripada universiti awam dapat dilaksanakan melalui Portal GREaT secara terus. Penyelaras program di universiti awam tidak lagi perlu menggunakan google form bagi menghantar permohonan. Selain itu, modul penawaran program PENJANA KPT-PACE serta pelaporan pelaksanaan program sedang ditambah baik bagi menjadikan sistem ini lebih fleksibel untuk mengendalikan program yang sangat dinamik akibat perubahan-perubahan yang perlu dilaksanakan susulan peningkatan kes COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.
IMPAK
Pembangunan sistem ini akan memberi impak positif seperti berikut:
1. IPT
- Menawarkan program, mengemaskini maklumat program, memantau permohonan program serta menjana pelaporan pelaksanaan Program PENJANA KPT-PACE secara terus melalui sistem; dan
- Memantau prestasi syarikat yang dilantik untuk melaksanakan program bagi pihak IPT.
2. KPT
- Mengakses data dengan cepat dan mudah untuk penyediaan laporan dan maklum balas; dan
- Menganalisis trend dan menambah baik dasar dan mekanisme pelaksanaan Program PENJANA KPT-PACE; dan
- Menjana laporan pelaksanaan Program PENJANA KPT-PACE kepada pemegang taruh.
3. HRDF
- Mengakses data dengan cepat dan mudah untuk penyediaan laporan dan maklum balas program peningkatan kemahiran di bawah PENJANA; dan
- Menjana laporan pelaksanaan Program PENJANA KPT-PACE kepada Kementerian Kewangan.
MAKLUMAT LANJUT
Nama : Encik Chandra Mohgan a/l Lechman
No Telefon : 03-88706558
Emel : chandra.mohgan@mohe.gov.my
PAUTAN URL
MOHE