Dasar, Standard, Pekeliling dan Garis Panduan
Inisiatif Identiti Digital Nasional
Pengenalan
Identiti Digital Nasional merupakan Platform Pengesahan yang dipercayai (verifiable platform of trust) yang bertujuan untuk mengesahkan identiti di internet atau identiti virtual seseorang individu di alam siber dan tidak bertujuan untuk menggantikan MyKad.
Platform pengesahan Identiti Digital adalah untuk kegunaan sektor perkhidmatan Kerajaan dan swasta khususnya bagi memenuhi keperluan untuk mengesahkan identiti individu yang mengakses perkhidmatan elektronik, melaksanakan transaksi serta tandatangan digital yang disediakan oleh mereka.
Latarbelakang
Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memastikan Malaysia mempunyai ketersediaan daripada segi lanskap digital dan infrastruktur telekomunikasi. Hasilnya, pada ketika ini 90% daripada perkhidmatan Kerajaan boleh didapati secara dalam talian, manakala kadar penembusan pengguna e-dagang adalah 61.6%. Sementara itu, didapati bahawa sebanyak 62% syarikat perniagaan melanggan perkhidmatan internet. Kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) merekodkan penembusan jalur lebar bagi setiap 100 penduduk di Malaysia pada kadar 121.1% untuk tahun 2018 sementara kadar penembusan selular mudah alih pula mencapai 130.2% pada masa yang sama. Ketersediaan daripada segi lanskap digital dan infrastruktur telekomunikasi adalah mustahak untuk memastikan keberkesanan transformasi digital sektor perkhidmatan, menyokong pertumbuhan ekonomi digital dan menggalakkan gaya hidup digital di kalangan rakyat secara inklusif di mana pihak SKMM telah melancarkan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) sebagai antara strategi terkini untuk menyokong pencapaian aspirasi tersebut.
Pada masa yang sama, aspek ketersediaan infrastruktur ini perlu disokong dengan aspek permintaan yang berupa kepelbagaian perkhidmatan yang menggalakkan langganan kepada infrastruktur telekomunikasi. Justeru, Inisiatif Identiti Digital Nasional menjadi langkah strategik yang memberi tambah nilai kepada perkembangan dan keperluan transformasi sektor perkhidmatan masakini yang kian beralih kepada platform digital. Secara tidak langsung, ia juga boleh menyokong inisiatif seperti

