Pemantauan
Sistem GOS e-Rating
Pengenalan
Sistem Government Online Service Electronic Rating (GOS e-Rating) merupakan satu platform bagi tujuan pelaksanaan kaji selidik kepuasan pengguna perkhidmatan dalam talian Kerajaan secara dalam talian. Pada awalnya, Sistem GOS e-Rating merupakan komponen dalam projek Malaysia User Satisfaction Evaluation (MUSE). MUSE adalah satu inisiatif yang diterajui oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk menilai tahap kepuasan pengguna dan penggunaan perkhidmatan dalam talian kerajaan. Inisiatif ini bermula pada tahun 2015 melalui dua (2) pendekatan pengukuran iaitu kepuasan pelanggan dan transaksi penggunaan perkhidmatan dalam talian Kerajaan. Maklumat lanjut mengenai MUSE boleh dirujuk di pautan https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30036.
GOS e-Rating dinilai melalui pengalaman pengguna (rakyat) dalam menggunakan perkhidmatan dalam talian Kerajaan yang disediakan oleh agensi sektor awam. Pengguna perlu menjawab kaji selidik ringkas selepas melaksanakan transaski perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh agensi Kerajaan.
Pada tahun 2019, MUSE yang dilaksanakan oleh MDEC tidak lagi dilaksanakan dan dijenamakan kepada Sistem Pemantauan Laman Web dan Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan (SPLaSK). SPLaSK merupakan satu platform pemantauan terhadap pematuhan kriteria yang dimurnikan daripada kriteria Provider-Based Evaluation (ProBE) dan MUSE yang dilaksanakan sebelum ini. Sistem GOS e-Rating menjadi sebahagian komponen dalam Sistem SPLaSK di mana sistem ini di integrasi dengan SPLaSK .
Objektif GOS e-Rating
- Menyediakan satu platform bagi kajian kepuasan pelanggan perkhidmatan dalam talian secara berpusat;
- Mengukur kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan dalam talian yang ditawarkan oleh agensi sektor awam kepada rakyat; dan
- Mengumpul dan menganalisis pandangan secara kuantitatif melalui maklum balas pengguna perkhidmatan dalam talian kerajaan bagi menambah baik dimensi penyediaan perkhidmatan dalam talian kerajaan iaitu :
- Quality of content
- Responsiveness
- Web Design
Manfaat GOS e-Rating
Maklumbalas yang diperoleh dari kaji selidik kajian GOS e-Rating akan membantu agensi sektor awam dalam mengenal pasti kriteria mana yang perlu di tambahbaik pada masa akan datang dan akhirnya menyasarkan untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan dalam talian mereka sambil meningkatkan pengalaman dan kepuasan pengguna.
Jabatan Digital Negara (JDN) yang dahulunya dikenali sebagai MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik sistem GOS e-Rating dengan Aplikasi Penilaian Kepuasan Pelanggan Perkhidmatan Digital Kerajaan (PKPPD). Aplikasi ini masih dalam proses pembangunan secara dalaman dan dijangkakan siap pada tahun 2025.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai GOS e-Rating boleh dirujuk kepada pegawai berikut:
Nama Pegawai:
YBrs. Dr. Ashara Banu binti Mohamed
E-mel : ashara@digital.gov.my
