Golongan Rentan
Orang Kurang Upaya
Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, "OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat". Kerajaan tidak meminggirkan golongan OKU malah turut menyediakan perkhidmatan untuk golongan ini. Terdapat 7 kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran OKU iaitu:
- Kurang Upaya Pendengaran
- Kurang Upaya Penglihatan
- Kurang Upaya Pertuturan
- Kurang Upaya Fizikal
- Masalah Pembelajaran
- Kurang Upaya Mental
- Pelbagai (Multiple Disabilities)
Antara Kementerian dan agensi yang menawarkan perkhidmatan adalah di bawah KPWKM dan agensi di bawahnya seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Perkhidmatan lain juga disediakan oleh MOHR. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan antaranya pendaftaran OKU, job coach, disability equality training (DET), permohonan dan semakan pendaftaran OKU dan peluang pekerjaan OKU.
Permohonan dan Semakan Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU)Kemudahan dan Keistimewaan OKUMajlis Kebangsaan Bagi OKU Job CoachDisability Equality Training(DET) Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)Peluang Pekerjaan bagi OKUKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah Kementerian yang bertanggungjawab dalam memberikan Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera serta melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah termasuk kepada golongan kurang upaya boleh dilayari disini
SaveME999
Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999) ialah satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk menyatukan nombor-nombor kecemasan Malaysia menjadi satu nombor pusat untuk capaian mudah, iaitu 999.
Maklumat lanjut: https://999.gov.my/
SaveME999 DEAF
Aplikasi ini direka khusus bagi penduduk Malaysia yang mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan untuk menghubungi 999 jika berlaku sebarang kecemasan. Bagi kumpulan pengguna ini, aplikasi SaveME 999 DEAF berfungsi sebagai satu alat bagi mereka menghantar permohonan bantuan kecemasan melalui saluran tanpa suara.
Maklumat lanjut: https://999.gov.my/saveme-999/saveme-999-deaf/
SaveME999 BLIND
Aplikasi ini direka khusus bagi membantu Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai masalah penglihatan untuk menghubungi 999 jika berlaku kecemasan. Aplikasi ini menggunakan kemudahan internet jalur lebar bagi menghantar permohonan kecemasan. Ia juga menggunakan Global Positioning System (GPS) bagi menentukan kedudukan pengguna. Dengan menekan ikon ‘SaveME 999 BLIND’ pada skrin telefon pintar, anda akan dihubungkan kepada agensi kecemasan yang berkaitan berdasarkan jenis kecemasan yang anda pilih. Apabila permohonan bantuan kecemasan dibuat, alamat GPS, maklumat pendaftaran pengguna dan jenis kecemasan akan dihantar ke Pusat Panggilan Kecemasan 999.
Maklumat lanjut: https://999.gov.my/saveme-999/saveme-999-blind/
Senarai Borang (Muat Turun)
Selain perkhidmatan secara dalam talian, borang-borang boleh dimuat turun melalui Kementerian-kementerian berkaitan.
Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) JKM 18 - Borang Permohonan Bantuan KewanganJKM 20 - Borang Semakan Semula Bantuan KewanganRujukan yang berkaitan
https://www.kpwkm.gov.my/portal-main/oku
http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php
http://www.jakoa.gov.my/
https://www.mm2h.com/
