Jurang Digital
Jalinan Kerjasama ICT
Kerjasama awam swasta atau Public Private Partnership (PPP) merupakan satu bentuk kerjasama di antara sektor awam dan sektor swasta di mana satu stand alone business diwujudkan
Pendanaan Awam Harta
Pada 6 Mac 2019, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menerbitkan Kertas Rundingan Awam 02/2019 Cadangan Kerangka Pengaturan bagi Pendanaan Awam Harta. Kertas ini bertujuan untuk menjana perbincangan serta memperoleh pandangan dan maklum balas daripada pihak berkepentingan berkaitan cadangan kerangka pengaturan bagi aktiviti pendanaan awam harta di Malaysia. Maklumat lanjut ...
Pada 17 Mei 2019, ECF Baru, pengendali kewangan P2P dan kerangka pendanaan awam harta telah diumumkan di Meja Bulat SC Fintech. Maklumat lanjut ...
Kerjasama Awam-Swasta: e-Khidmat
Pengenalan
Projek e-Khidmat merupakan salah satu projek perintis di bawah inisiatif aplikasi Perdana Kerajaan Elektronik. Projek ini telah ditandatangani pada 23 Mei 2000 yang bertujuan untuk membolehkan orang ramai berurusan dengan Kerajaan melalui pelbagai saluran elektronik yang disediakan iaitu secara dalam talian dan kios. Projek e-Khidmat ini dilaksanakan secara konsep Build, Own and Operate (BOO). Pembekal (service provider dan gateway provider) yang dilantik telah membangunkan aplikasi dalam talian dan menyediakan infrastruktur ICT bagi tujuan pelaksanaan perkhidmatan dalam talian untuk agensi Kerajaan yang terlibat. Semua kos pembangunan aplikasi dan penyediaan infrastruktur akan ditanggung oleh pembekal. Pelaksanaan Projek e-Khidmat telah dilaksanakan berdasarkan Model Perniagaan yang telah dicadangkan pada masa tersebut.
Agensi yang terlibat dalam Projek e-Khidmat adalah seperti berikut:
Kerajaan tidak mengeluarkan sebarang kos pembangunan aplikasi dan penyediaan infrastruktur tetapi hanya membayar kos perkhidmatan yang digunakan sahaja kepada myEG atau KOMMS.
ObjektifObjektif pelaksanaan inisiatif e-Khidmat adalah seperti berikut:i. Sebagai saluran alternatif atau pilihan kepada pengguna/rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan daripada Kerajaan.ii. Segala transaksi pengguna menggunakan e-Khidmat akan direkodkan untuk transaksi pada masa hadapan.iii. Perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna melalui e-Khidmat adalah end-to-end.iv. Satu usahasama strategik di antara pihak Kerajaan dan pihak syarikat dalam menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Senarai Perkhidmatan e-Khidmat
Jaringan Kolaboratif Strategik Sektor Awam (JKSSA)
Pengenalan
Selaras dengan Pelan Strategik ICT Sektor Awam (2016-2010), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah membangunkan Jaringan Kolaboratif Strategik Sektor Awam (JKSSA) dengan pelbagai entiti dalam dan luar negara yang terdiri daripada agensi Kerajaan, swasta, akademia dan badan bukan kerajaan (NGO).
Latar Belakang
JKSSA telah dilancarkan sempena Persidangan CIO Convex pada 23 November 2016. JKSSA bertujuan untuk mewujudkan kerjasama yang erat antara sektor awam, swasta, akademia dan NGO dalam memberi pendedahan kepada senario dan trend teknologi ICT terkini, meningkatkan kemahiran dan kompetensi serta mendapatkan maklum balas daripada sektor swasta dan akademia berkaitan dasar dan pelaksanaan inisiatif Kerajaan. Pada masa yang sama, kolaboratif strategik ini juga menyediakan ruang bagi menguar-uarkan dasar, program dan inisiatif Kerajaan kepada rakan strategik MAMPU. Di samping itu, kolaboratif strategik ini juga mampu merangsang pembangunan inovasi dengan mengambil kira pemanfaatan teknologi baharu sekaligus mewujudkan situasi menang-menang bagi pihak Kerajaan dan swasta.
Objektif
Objektif JKSSA adalah:
- mewujudkan kerjasama yang erat antara sektor awam, swasta dan akademia;
- medium perkongsian trend teknologi ICT terkini;
- meningkatkan kemahiran dan kompetensi serta mendapatkan maklum balas daripada sektor swasta dan akademia berkaitan dasar dan pelaksanaan inisiatif Kerajaan; dan
- mentransformasikan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan ke arah pelaksanaan Kerajaan Digital yang berpaksikan rakyat.
Outcome/Impak
Impak kepada pengwujudan JKSSA adalah seperti:
- Meningkatkan kemahiran dan kompetensi pegawai melalui penawaran program latihan / internship, pembangunan produk, penyelidikan dan penerbitan bahan ilmiah;
- Meningkatkan pengetahuan dan pendedahan kepada senario dan trend teknologi ICT terkini melalui seminar, bengkel, perbincangan meja bulat, kajian/survey, program lawatan kerja dan lain-lain usaha atau aktiviti yang dilaksanakan secara bersama;
- Menyumbang kepada pembangunan dasar dan strategi bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan; dan
- Merangsang pembangunan inovasi dengan mengambilkira pemanfaatan teknologi baharu.
Rantaian Kehadapan
Meluaskan kolaboratif bersama agensi sektor awam, swasta, akademia dan NGO dengan mempelbagaikan program mengikut bidang fokus yang telah ditetapkan.
Program Immersion
Pengenalan
Program Immersion ialah satu program yang telah dicadangkan menerusi The 38th Flagship Application Coordination Committee (FCC) pada 19 November 2014. Program ini merupakan penempatan penjawat awam ke Agensi Swasta bagi pembangunan secara pantas (fast track) kapasiti ICT penjawat awam.
Objektif
Menerusi Program Immersion, penjawat awam akan melalui proses transformasi dengan cetusan idea-idea baru, penggunaan teknologi terkini serta perubahan cara bekerja ke arah yang lebih kritis dan inovatif selaras dengan pemodenan struktur perkhidmatan awam itu sendiri.
Kerjasama pintar menerusi penempatan penjawat awam ke Agensi Swasta dapat menyerlahkan imej penjawat awam menerusi pembangunan kendiri, personaliti dan sikap yang lebih positif dalam merealisasikan pengurusan dan pentadbiran perkhidmatan awam yang terbaik. Penjawat awam didedahkan dengan persekitaran luar yang dinamik serta diterapkan dengan ciri-ciri peribadi bersifat multi skilled and adaptable workers.
Mesyuarat Mingguan Jabatan Perkhidamatan Awam (JPA) dengan Ketua Setiausaha Negara bertarikh 14 Januari 2015 telah bersetuju penempatan pegawai menggunakan Jawatan Penempatan Khas, JPA dan secara pentadbiran di Multimedia Development Corporation (kini dikenali sebagai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)) selama setahun bermula pada April 2015. Program ini melibatkan seramai 15 orang pegawai daripada Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat yang terdiri daripada:
i. 5 orang PTM Gred F44;
ii. 5 orang PTM Gred F41;
iii. 3 orang PPTM Gred F32; dan
iv. 2 orang PPTM Gred F29
PENCAPAIAN DAN PERKEMBANGAN POSITIF PESERTA SEPANJANG TEMPOH PROGRAM
1. TEMPAT KEDUA DALAM PERTANDINGAN HACKATON SEKTOR AWAM
Pendedahan peserta kepada penghasilan idea bernas dan kreatif semasa 3 bulan pertama di MDEC telah membantu peserta IP yang menyertai Hackaton Sektor Awam pada awal September 2015 dan menghasilkan satu aplikasi mudah alih yang berkualiti dan berpotensi dengan menggunakan sumber data terbuka Sektor Awam. Wakil peserta Program Immersion telah berjaya mendapat tempat kedua daripada 43 penyertaan.
2. KEJAYAAN PEMBANGUNAN APLIKASI MOBIL JEJAK ASNAF (MOJA)
Aplikasi MOJA yang dibangunkan oleh peserta Immersion telah membantu pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membuat penjimatan dalaman. Pihak MAIWP menerusi Mesyuarat Penyerahan Aplikasi MOJA kepada MAIWP pada 7 April 2016 turut memaklumkan bahawa pembangunan MOJA memenuhi hasrat MAIWP untuk membangunkan aplikasi ini yang telah tertangguh selama beberapa tahun.
3. PEMBANGUNAN SKIL TEKNIKAL PEGAWAI
Kursus pembangunan aplikasi mudah alih menggunakan bahasa pengaturcaraan native telah meningkatkan skil teknikal peserta. Sesi Jaminan Mutu oleh MAMPU dan beberapa wakil agensi terpilih ke atas penghasilan produk pada 29 Mac 2016 membuktikan bahawa peserta berupaya membangunkan aplikasi mudah alih dan dibuktikan apabila keseluruhan peserta mendapat markah 70% ke atas bagi penilaian teknikal oleh panel penilai.
4. PEMBANGUNAN DAN PENINGKATAN KEMAHIRAN INSANI
Sebanyak 21 skil dan kompetensi dari aspek kemahiran insani yang diterapkan sepanjang tempoh program telah berjaya dipupuk kepada peserta. Perkembangan positif dan keterampilan peserta dapat dilihat menerusi program-program besar yang melibatkan peserta seperti BDA Digital Government Lab Launch, Microsoft's Imagine Cup (MMU), Jom Sembang 1 dan 2 serta NBOS JPA Outreach Programme.
5. SAINTIS DATA
Sepuluh (10) peserta Program Immersion telah berjaya bergelar Saintis Data. Walaupun dibebani oleh jadual program yang padat, peserta tetap komited menyelesaikan tugasan kursus Coursera Data Scientist dan memasuki peperiksaan sehingga selesai
Rantaian ke hadapan
Program Immersion telah tamat pada 15 April 2016 dan pegawai telah kembali berkhidmat di perkhidmatan awam iaitu di MAMPU, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Unit Government Online Services (GOS), JPM. Inisiatif yang sama seterusnya diteruskan dengan Program Sangkutan Industri Secara Kerjasama MAMPU-CISCO yang bermula 1 November 2016 hingga 31 Januari 2017.
PROGRAM SANGKUTAN INDUSTRI
SECARA KERJASAMA MAMPU-CISCO
Pengenalan
Program Sangkutan Industri Secara Kerjasama MAMPU-CISCO: Inkubator Pembangunan Prototaip Berasaskan IoT (Inkubator IoT) adalah program baharu yang dilaksana bagi tujuan meningkatkan kompetensi personel ICT MAMPU, menerusi kolaborasi di antara Kerajaan dan swasta. Program Inkubator IoT ini adalah sebahagian daripada program sangkutan industri yang dirangka dalam Jaringan Kolaboratif Strategik Sektor Awam (JKSSA).
Objektif
Program dilaksanakan bersama-sama syarikat CISCO Systems (M) Sdn. Bhd. (CISCO Malaysia) yang merupakan rakan strategik MAMPU dengan objektif yang berikut :
i. Merapatkan jurang pengetahuan dan kemahiran di antara Kerajaan dan industri ICT, khususnya berkaitan teknologi IoT;
ii. Meningkatkan kerjasama dan hubungan yang lebih erat di antara Sektor Awam dan swasta melalui pendekatan yang bukan berasaskan projek semata-mata;
iii. Meningkatkan keupayaan personel ICT MAMPU dan Sektor Awam dalam bidang teknologi berasaskan kepada IoT, serta memberi pendedahan terhadap pengalaman bekerja dalam persekitaran industri ICT yang mencabar; dan
iv. Membantu pihak Kerajaan melaksanakan transformasi, dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik dan relevan kepada rakyat, dengan memanfaatkan penggunaan teknologi yang terkini.
Inkubator IoT telah dijalankan selama tiga (3) bulan, bermula 1 November 2016 hingga 31 Januari 2017. Program ini melibatkan tiga (3) orang peserta iaitu dua (2) orang Pegawai MAMPU daripada Sektor ICT dan seorang personel GITN Sdn. Bhd. yang menjadi wakil bagi industri ICT. Program Inkubator IoT menempatkan peserta di CISCO Malaysia di Kuala Lumpur dan CISCO Global Center of Excellence Songdo, Incheon, Korea Selatan (GCoE Songdo). Ini membolehkan peserta untuk menggunakan kemudahan makmal termasuklah perkakasan dan perisian yang dimiliki oleh CISCO, bagi tujuan menjalankan kajian dan membangunkan serta menguji prototaip.Peserta bersama wakil CISCO di Seoul Transport Operation And Information Service (Topis), Seoul , South Korea (20 Dec)
Selain daripada bantuan teknikal, perkongsian pengetahuan dan kemahiran juga dilaksana sepanjang program berlangsung dengan fokus kepada bidang IoT dan rangkaian produk CISCO.
Pembangunan Prototaip
Sistem Pemantauan Saluran Air Hujan atau Gutter Surveillance System (GSS) merupakan prototaip yang dibangunkan oleh peserta setelah beberapa siri brainstorming yang dijalankan.
Proses Pembangunan Prototaip oleh peserta Inkubator
Sistem Pemantauan Saluran Air Hujan atau GSS ini, telah dibangunkan melalui penggunaan sensor, yang menjadi komponen utama untuk mengesan keadaan air (paras dan aliran). Bacaan yang diperolehi, akan diterjemahkan kepada data yang kemudiannya diproses secara analitik oleh sistem aplikasi, bagi mendapatkan status saluran air hujan.
Rantai Kehadapan
Pelaksanaan Inkubator IoT telah berjaya meningkatkan keupayaan personel ICT MAMPU dan Sektor Awam amnya, dalam bidang teknologi berasaskan IoT, serta memberi pendedahan terhadap pengalaman bekerja dalam industri ICT. MAMPU dan CISCO kini dalam proses untuk melibatkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, bagi meningkatkan lagi kematangan fungsi prototaip GSS ini yang berpotensi untuk digunakan sebagai usaha membanteras tempat pembiakan nyamuk aedes.

i. Merapatkan jurang pengetahuan dan k
emahiran di antara Kerajaan dan industri ICT, khususnya berkaitan teknologi IoT;

e-Rezeki
Hanya terdapat di dalam Bahasa Inggeris
e-Usahawan
Pengenalan
Program eUsahawan bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital kepada usahawan mikro, desa dan belia untuk menjana pendapatan, memasarkan produk dan meningkatkan jualan. Inisiatif ini dilaksanakan melalui pembelajaran dan latihan kurikulum keusahawanan digital yang diterapkan di TVET dan IPT serta khusus pendek yang dilaksanakan di lokasi tertentu di seluruh negara.
Program eUsahawan ini diadakan dalam bentuk kursus secara hands-on menggunakan silibus yang dibangunkan oleh pihak MDEC bersama pemain-pemain industri dan ianya diiktiraf oleh badan akreditasi Ofqual United Kingdom. Selain itu, kursus eUsahawan juga boleh diakses secara online di laman http://www.mdec.my/go-ecommerce dalam bentuk pembelajaran dalam talian yang interaktif, sebagai satu alternatif kepada peserta yang tiada akses, masa atau kemampuan untuk menghadiri kursus-kursus yang diadakan.
Objektif
eUsahawan ialah sebuah program yang dijalankan oleh MDEC dan kerajaan sebagai satu usaha untuk membantu rakyat dengan memberi pendedahan terhadap keusahawanan digital dalam kalangan belia Malaysia dan para usahawan mikro Perusahaan Kecil dan Sederhana. Objektif program ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang keusahawanan digital dalam membangunkan usahawan mikro dan industri kecil dan sederhana, dengan mensasarkan keberkesanan program latihan menerusi indikator utama iaitu laporan jualan tambahan dalam talian.
Tools/Features Yang Digunakan
1. Integrasi Kurikulum eUsahawan di institusi Pengajian Tinggi dan Vokasional:
Program eUsahawan telah diterapkan menjadi sebahagian dari kurikulum keusahawanan di lebih 43 institusi pembelajaran atas (TVET dan IPT), melibatkan latihan (TOT) dan pembangunan (CPD) tenaga pengajar, pembelajaran modul keusahawanan digital secara praktikal dan pemantauan prestasi pelajar, serta kursus-kursus Accelerator kepada pelajar-pelajar yang berpotensi. Secara keseluruhannya, pelaksanaan program eUsahawan di IPT dan TVET sepanjang tahun 2015 – 2020 ini telah mencatatkan rekod berikut:
- 208,164 pelajar telah dilatih
- 108,080 pelajar melaporkan jualan tambahan dalam talian
- RM86.02 juta jualan tambahan dalam talian dilaporkan
2. Portal Keusahawanan http://www.mdec.my/go-ecommerce
Untuk memastikan usahawan sentiasa bersedia dengan cabaran digital ekonomi, MDEC juga telah menyediakan platform online yang dapat membantu mereka memenuhi keperluan perniagaan seperti online profiling tool, online learning, managed services recommendations dan business networking opportunities. Terdapat 57 modul pembangunan keusahawanan digital yang sudah sedia di akses tanpa had. Platform ini juga menyediakan aplikasi penyimpanan buku ringkas untuk kemudahan pengurusan kewangan yang mudah untuk usahawan gunakan.
Pencapaian
Sejak Januari 2016 sehingga Disember 2020, seramai 408,016 usahawan muda dan desa telah dilatih dan daripada jumlah ini, seramai 158,340 usahawan telah berjaya melaporkan jualan tambahan sebanyak RM973.4 juta.
MyEG
Mengenai MyEG
MyEG Services Berhad (“MYEG”) merupakan pemegang konsesi bagi Koridor Raya Multimedia (“MSC”) Aplikasi Elektronik Kerajaan (“E-Kerajaan”) Malaysia. MYEG membina, menjalankan, dan memiliki saluran electronik untuk membekalkan perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan kepada rakyat dan perniagaan Malaysia.
Gelombang pertama yang kami laksanakan pada awalan tahun (2000 – 2010) membabitkan kategori Kerajaan kepada Rakyat (“G2C”) dan kategori Penyelesaian Kerajaan/Enterprise (“GES”). Sejak 5 tahun yang lalu, MYEG telah melabur di dalam dan memperkenalkan teknologi generasi akan datang berdasarkan penyelesaian The Internet of Things (“IoT”). Kami percaya bahawa pelaksanaan IoT digabungkan dengan analisis data akan membawa perubahan ketara kepada keseluruhan kualiti hidup kita. Persekitaran kita akan semakin menjangka keperluan kita berbanding dengan bertindak balas kepada tindakan kita.
Penyelesaian IoT yang diperkenalkan oleh MYEG di peringkat kebangsaan adalah untuk pertama kalinya di dunia.
Bidang Usahaniaga
MyEG Services Berhad dan Kumpulan syarikatnya pada dasarnya terlibat dalam perniagaan pembangunan dan pelaksanaan Perkhidmatan Kerajaan Elektronik (E-Kerajaan) dan lain –lain perkhidmatan yang berkaitan sebagai inisiatif E-Kerajaan selain pelaburan. Inisiatif E-Kerajaan merupakan satu program yang memberi tumpuan dalam penambahbaikan dari segi cara kerajaan beroperasi secara dalaman, dan bagaimana memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Secara keseluruhannya, inisiatif E-Kerajaan memudahkan orang awam mendapatkan maklumat dan menjalankan urusniaga dengan pelbagai khidmat pembekal dengan lebih mudah dengan masa yang lebih terurus melalui aplikasi Khidmat Elektronik (E-Perkhidmatan).
Pembekal Perkhidmatan utama yang menggunakan perkhidmatan dan penyelesaian Kerajaan Elektronik adalah adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia Berhad (TMB).
Kumpulan perniagaan terbahagi kepada 2 strategi bidang perniagaan:
- Kerajaan kepada Rakyat ("G2C")
Perkhidmatan G2C merujuk kepada perkhidmatan seperti tempahan ujian teori memandu, pengeluaran dan pembaharuan lesen, pembayaran Bil secara Elektronik (EBPP), khidmat semakan dan bayaran saman serta carian status kebankrapan dan likuidasi (e-Insolvensi) secara dalam talian.
Perkhidmatan ini boleh didapati dalam talian melalui G2C portal dan kios yang diletakkan dibeberapa kawasan strategik di seluruh Malaysia untuk membenarkan pengguna tanpa akses Internet untuk memanfaatkan kemudahan E-Perkhidmatan. Portal G2C ini membolehkan pengguna untuk melakukan transaksi secara langsung atau 'real time' dan membuat capaian pada maklumat dari beberapa penyedia perkhidmatan (services supplier). Ini menjadikan MyEg sebuah pusat sehenti bagi E-Perkhidmatan berkaitan dengan kerajaan di mana pengguna boleh mencari maklumat dan perkhidmatan dalam satu pakej berguna yang menghubungkan kepada beberapa penyedia perkhidmatan (service supplier) dalam menyalurkan perkhidmatan pada orang ramai.
- Government/Enterprise Solution ( "GES")
GES merupakan perkhidmatan yang tidak berasaskan internet seperti perkhidmatan perusahaan penyelesaian dan perisian, pembangunan sistem dan penyelenggaraan serta perkhidmatan yang disediakan di pusat E-Perkhidmatan. Peruntukan perkhidmatan di pusat E-Perkhidmatan merangkumi aspek Ujian Teori Memandu di dalam kursus Lesen Memandu, keselamatan imej digital dan pembelian kad ujian untuk menduduki Ujian. Perkhidmatan ini bukan berasaskan internet dan tidak boleh dibuat secara persendirian.
Sasaran perniagaan adalah seperti perkhidmatan untuk sekolah-sekolah memandu, institusi-institusi memandu, syarikat-syarikat insuran, institusi-institusi kewangan, firma-firma guaman, dan sebagainya. Perkhidmatan GES menawarkan rumusan pengaturcaraan yang mudah diuruskan dan diskalakan, di mana ianya merangkumi pembangunan serta pengubahsuaian perisian bagi permohonan pemilikannya.