'Local e-Government'
ePBT 2.0
Sistem ePBT 2.0 adalah sebuah sistem pengurusan hasil dan kewangan PBT yang komprehensif dan sedang digunakan di 52 PBT. Sistem ePBT 2.0 dibangunkan untuk mematuhi Garis Panduan MPSAS (Malaysian Public Sector Accounting Standards) yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2018 – Pelaksanaan, Pemantauan, dan Pematuhan Sistem Perakaunan Standard bagi Agensi Kerajaan (Standard Accounting System For Government Agencies) dan pekeliling-pekeliling berkaitan yang terkini.
Objektif sistem ePBT 2.0 dibangunkan adalah bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran PBT, pelaksanaan sistem penyampaian perkhidmatan PBT serta keupayaan PBT.
Outcome/Impak
- Keseragaman proses kerja kerana dibangunkan secara berpusat yang mana JKT berperanan sebagai penyelaras.
- Penyelenggaraan dan Penambahbaikan Sistem dilaksanakan oleh JKT. JKT bertindak sebagai pemudahcara antara PBT dan agensi.
- Integrasi dengan agensi luar mudah dilaksanakan dengan adanya sistem yang seragam.
Pencapaian
6 PBT yang menggunapakai sistem ePBT 2.0 telah memperoleh pengiktirafan Sijil Pematuhan SAGA iaitu:
- Majlis Daerah Kampar ( 2018)
- Majlis Daerah Tanjong Malim (2020)
- Majlis Perbandaran Manjung (2021)
- Majlis Daerah Kerian (2022)
- Majlis Daerah Pendang (2023)
- Majlis Daerah Tanah Merah (2024)
Maklumat Lanjut
Nama,Telefon dan e-mel Pegawai untuk dihubungi:
- Nama Pegawai : Pn. Nur Iliawani binti Mohamad
- Nombor Telefon : 03-8891 3497
- Alamat e-mel : nuriliawani@kpkt.gov.my
- Nama Pegawai : Pn. Noorhalimatun Saadiah Binti Aziz
- Nombor Telefon : 03-8891 3227
- Alamat e-mel : noor.aziz@kpkt.gov.my
Agensi bertanggungjawab : JKT, KPKT
