'Local e-Government'
Inisiatif Bandar Selamat
Pada 5 Ogos 2020, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa telah mengumumkan di parlimen mengenai hasrat Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menambah bilangan CCTV di sekitar Kuala Lumpur bagi sebahagian daripada inisiatif bandar selamat. Menurut beliau, menurut laporan yang telah dikeluarkan baru-baru ini menunjukkan kadar jenayah di bandaraya Kuala Lumpur adalah tinggi.
Kaedah pembanterasan jenayah pula terdiri daripada pelbagai cara yang dilakukan oleh pelbagai agensi. Satu daripada kaedah yang diguna pakai oleh bandar-bandar di seluruh dunia ialah memastikan apa-apa yang berlaku dalam bandar itu dapat dirakamkan supaya tindakan-tindakan yang cepat dapat diambil apabila berlaku sesuatu kes jenayah, kemalangan, bencana atau pun hal-hal lain yang berkaitan dengan pengurusan bandar (urban management) seperti trafik, banjir kilat dan sebagainya.
Setiap kamera akan mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Teknologi sekarang memungkinkan semua kamera-kamera ini dilengkapkan dengan fungsi yang berbagai-bagai. Oleh sebab itu, pemasangan 5000 kamera ini, termasuklah juga dengan usaha untuk mengupgradekan kamera sedia ada dengan dinaiktaraf dengan keupayaan seperti artificial intelligence (AI), pengecaman wajah (face recognition) dan melaksanakan pelbagai fungsi yang lain yang boleh digunakan secara bersepadu.
Pada masa ini, terdapat 1900 kamera untuk pengawasan lalu lintas, 51 kamera untuk hotspot banjir, 276 kamera untuk taman-taman awam bagi keselamatan awam dan pengawalan vandalisme, 130 kamera bagi kawasan River of Life (ROL), dan 204 kamera di pasar-pasar awam bagi pemantauan kes-kes yang berkaitan dengan kesihatan, dan 309 kamera untuk pemantauan jenayah. Diharapkan melalui kesemua kamera ini diharap dapat menyumbangkan ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya yang lebih selamat.
(Sumber: Teks ucapan penggulungan perbahasan Kementerian Wilayah Persekutuan oleh YB Menteri Wilayah di Dewan Rakyat pada 5 Ogos 2020)
Disediakan oleh: Mohd Hariz bin Muharam, Pegawai Teknologi Maklumat di Jabatan Pengangkutan Bandar DBKL
