'Local e-Government'
Wilayah Bebas Berniaga - Lesen Sementara KL Prihatin
Latar belakang
Inisiatif daripada Kementerian Wilayah Persekutuan telah mengumumkan Wilayah Bebas Berniaga (WBB) pada 10 November 2020 yang melibatkan warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk membenarkan dan dimudahkan aktiviti perniagaan penjaja di mana sahaja dalam Wilayah Persekutuan selama 6 bulan bermula pada 15 November sehingga 15 April 2020 sebagai inisiatif meringankan beban warga kota yang terjejas sumber pendapatan berikutan penularan virus Covid-19. Sehingga kini sebanyak 4,288 kelulusan lesen telah diberikan oleh pihak DBKL dan inisiatif tersebut yang telah tamat pada 15 April 2020 telah dilanjutkan sehingga 31 Julai 2021.
Melalui laman web https://elesen.dbkl.gov.my disediakan perkhidmatan bagi pengurusan Lesen Penjaja Sementara KL Prihatin. Sasaran pengguna terdiri dari orang awam sebagai pemohon dan pelesen serta kakitangan DBKL yang terlibat untuk memproses permohonan ini.
Bagi pemohon/pelesen disediakan kemudahan end-to-end secara dalam talian bermula dari membuat pendaftaran permohonan baru, semakan status permohonan, pembaharuan, bayaran sehingga mencetak lesen. Bagi pemohonan yang tidak mahir dengan penggunaan teknologi ICT disediakan juga kemudahan untuk memuat turun borang permohonan untuk diisi dan dihantar secara manual boleh dihantar mulai 16 November 2020 ke pejabat-pejabat cawangan DBKL atau pejabat zon perumahan Projek Perumahan Awam (PPR) dan Perumahan Awam (PA) untuk diproses.
Manakala bagi kakitangan DBKL yang terlibat untuk memproses permohonan Lesen Penjaja Sementara KL Prihatin boleh pengesyoran dan keputusan permohonan. Lesen yang dicetak sendiri dilengkapi dengan qr code bagi memudahkan urusan pemantauan dan penguatkuasaan memastikan kesahihan lesen.
Di Kuala Lumpur, permohonan baru Lesen Penjaja Sementara KL Prihatin dibuka mulai 15 November 2020 secara dalam talian. Bagi Pembaharuan lesen, peniaga-peniaga yang telah memperolehi lesen tidak perlu mengemukakan permohonan baru. Peniaga hanya perlu mencetak semula lesen secara dalam talian mulai 5 April 2021.
Outcome/Impak
Insiatif WBB dengan pemberian lesen dapat membantu warga kota mencari sumber pendapatan tambahan yang terjejas atau kehilangan pekerjaan akibat penularan virus covid 19 yang menyebabkan sektor ekonomi secara langsung atau tidak langsung.
Penyediaan perkhidmatan permohonan lesen secara dalam talian sepenuhnya adalah selaras dengan dasar kerajaan mewujudkan norma baru bagi meningkat penggunaan ICT untuk penyampaian perkhidmatan awam.

Rajah 1: Carta Alir Proses Permohonan Lesen Penjaja Sementara KL Prihatin Secara Online

Rajah 2: Carta Alir Proses Permohonan Lesen Penjaja Sementara KL Prihatin Secara Manual

Jadual 1: Statistik Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian Mangikut Kaum dan Parlimen
Maklumat Lanjut
Nama,Telefon dan e-mel Pegawai untuk dihubungi:
Mohd Azrulrizal Bin Md Jusop
03-2028 2536
Agensi bertanggungjawab
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
FAQ eLesen