Penawaran Perkhidmatan Secara Elektronik
G2B
Sistem eLesen
Pengenalan
Sistem eLesen diperkenalkan sebagai perkhidmatan dalam talian (online) bagi memudahkan pengguna awam membuat permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan serta fungsi bayaran lesen secara dalam talian. Pengguna awam boleh memohon lesen perniagaan baharu secara pukal dengan memilih PBT dan aktiviti perniagaan yang disenaraikan di dalam sistem eLesen sahaja.
Latar Belakang
Sistem eLesen telah dilaksanakan oleh lima (5) PBT perintis seperti berikut yang juga merupakan pengguna sistem ePBT2.0:
i.Majlis Perbandaran Kangar;
ii.Majlis Perbandaran Jasin;
iii.Majlis Daerah Batu Gajah;
iv.Majlis Daerah Sik; dan
v.Majlis Daerah Raub.
Sistem ini berintegrasi dengan sistem ePBT2.0 bagi mendapatkan data yang tepat berkaitan PBT seterusnya memudahkan proses kelulusan permohonan lesen.
Ciri-ciri
Ciri-ciri yang terdapat dalam sistem ini termasuk:
- Permohonan Lesen
- Pembaharuan Lesen
- Pembayaran dalam talian (online)
- Cetakan Bil/Lesen
Impak
Sistem eLesen dapat memudahkan pengguna awam membuat permohonan dan pembaharuan lesen, semakan status serta pembayaran bagi lesen perniagaan di PBT yang terpilih secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter PBT.
Rantaian Ke Hadapan
Pada masa kini, hanya lima (5) PBT perintis yang menggunakan sistem eLesen. JKT mensasarkan sebanyak 10 PBT lagi yang akan menggunakan sistem eLesen sehingga penghujung 2023. Secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi permohon lesen oleh pengguna awam seterusnya meningkatkan penyampaian PBT kepada awam.
Maklumat Lanjut
Nama,telefon dan e-mel pegawai untuk dihubungi:
Agensi bertanggungjawab : JKT, KPKT
Pautan Halaman
Sistem Tender Kerja Dalam Talian Menggunakan Sistem Tender Online JKR 2.0 atau JKR E-Tender (JET)
Semenjak tahun 2020, Jabatan Kerja Raya (JKR) mula menggunakan platform digital bagi melaksanakan proses tender kerja awam. Pada awalnya, sistem tender online dilaksanakan secara hibrid, iaitu hanya beberapa proses sahaja dilaksanakan secara digital seperti Kenyataan Iklan Tender dan Penjualan Dokumen Tender. Manakala, dokumen tawaran tender masih dikemukakan secara manual atau fizikal.
Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan proses tender kerja dalam platform digital, JKR telah mengambil inisiatif membangunkan Sistem Tender Kerja Online JKR 2.0 atau JKR e-Tender (JET) secara end-to-end menggunakan tenaga kepakaran dalaman tanpa sebarang kos dan berjaya siap sepenuhnya pada bulan Disember 2021.
Bermula bulan Januari sehingga Jun 2022, JKR telah melaksanakan simulasi sistem tender kerja ke atas beberapa projek rintis bagi menguji ketersediaan dan kestabilan sistem, di samping mengumpul maklum balas dan data bagi tujuan analisa dan penambahbaikan sistem. Bermula Jun 2022, JKR telah melaksana sepenuhnya penggunaan sistem tender kerja kepada semua tender kerja di bawah JKR, termasuklah proses bayaran tender dan penghantaran dokumen tawaran tender.
Inisiatif ini merupakan salah satu transformasi pendigitalan dalam bidang perolehan kerja, selaras dengan teras strategik Kerajaan dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia. Inisiatif ini menyokong Goal 9: Industry, Innovation and Infrastructure bagi United Nations Sustainable Development Goals (SDG).
Outcome/Impak
Sistem JET menyasarkan penambahbaikan dalam kecekapan pengurusan tender kerja awam seperti berikut:
- Menambahbaik pengalaman pemegang taruh dalam proses tender.
- Menggalakkan penggunaan e-dagang/ekonomi digital dalam proses tender Kerajaan.
- Meningkatkan integriti proses tender dengan penggunaan sistem.
- Penggunaan automasi melalui sistem untuk meningkatkan kecekapan proses kerja dan keberkesanan perkhidmatan.
- Pengurangan penyimpanan dokumen secara fizikal yang memberi kesan kepada ruang pejabat.
Rajah/Gambar:
Rajah 1: Paparan muka hadapan Sistem JET
Rajah 2: Paparan Kenyataan Tender Sistem JET
Rajah 3: Paparan Pendaftaran Kontraktor Sistem JET
Maklumat Lanjut:
Bahagian Dokumentasi & ICT, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tingkat 19, Menara TIMA, Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
Agensi bertanggungjawab : Jabatan Kerja Raya Malaysia
Pautan Kepada Halaman Yang Spesifik Beserta FAQ
Sistem Tender Online Selangor
Sistem Tender Online Selangor merupakan platform perkhidmatan Online dan dikategorikan sebagai Government-to-Business (G2B) yang telah dibangunkan secara bersepadu di antara Kerajaan Negeri Selangor dengan kontraktor.
Objektif sistem ini adalah seperti berikut :
- Mengurus Kontraktor atau Pembekal dalam satu Platform yang mudah untuk mentadbir maklumat kontraktor yang berdaftar bagi seluruh Negeri Selangor.
- Mengurus Tender dengan penggunaan Online Form yang mesra pengguna dan mudah bagi pengiklanan tender, sesuai untuk semua jenis tender dan sebutharga, serta kepada semua jabatan kerajaan.
- Memudahkan urusan pembelian dokumen sebut harga atau tender melalui sumber yang dipercayai melalui kaedah Shopping-cart pada bila-bila masa.
Modul utama pada Sistem Tender Online Selangor adalah seperti berikut:
- Modul Syarikat
- Modul Pengiklan Tender
- Modul Pembelian Dokumen Tender
- Modul Pengurusan dan Pemantauan
Pembangunan Sistem Tender Online Selangor telah bermula pada tahun 2005 iaitu fasa kajian dan pembangunan SDLC dan Sistem telah Go-Live pada tahun 2006. Seterusnya sistem digunakan sehingga kini dengan beberapa penaiktarafan dan penambahbaikan pada sistem sedia ada.
Sistem Tender Online Selangor telah menyokong Goal 16 dalam UNSDG iaitu melalui platform pembelian dokumen Tender dan Sebut Harga yang berpusat, telus dan adil di bawah Kerajaan Negeri Selangor.
Goal 16 : Peace, Justice and Strong
Outcome/Impak
Sistem Tender Online Selangor telah memudahkan Kontraktor dan Kerajaan Negeri Selangor dalam Pengurusan Sebut Harga dan Tender secara dalam talian.
Pencapaian dan Statistik Transaksi Perkhidmatan Dalam
Talian
Transaksi melibatkan urusan langganan dan pembelian dokumen sejumlah 1306,237 sehingga Oktober 2023.
Jumlah syarikat yang aktif sehingga Oktober 2023.
Maklumat Lanjut
Nama dan e-mel bahagian berkaitan untuk dihubungi:
Pautan Kepada Halaman Yang Spesifik Beserta FAQ
ePerolehan
Merupakan sebuah sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui Internet. ePerolehan bertindak sebagai medium utama untuk para pembekal mendaftar/memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Aplikasi kerajaan elektronik disasarkan mampu menjimatkan kos, masa dan tenaga apabila konsep "paperless" atau bebas kertas diaplikasikan sepenuhnya. Perkhidmatan yang ditawarkan di dalam Sistem ePerolehan adalah meliputi:
- Menghantar tender dan sebut harga;
- Menghantar dan menerima permohonan;
- Menyemak status permohonan;
- Menyerahkan tawaran tender;
- Membuat/ menerima pembayaran secara dalam talian; dan
- Katalog Elektronik (eCat)
- Modul Utama adalah modul yang diguna pakai oleh pihak Kerajaan dan pembekal dalam melaksanakan perolehan Kerajaan di dalam ePerolehan. Pembentukan proses perolehan adalah berdasarkan polisi Perolehan Kerajaan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Modul-modul ini membolehkan pihak Kerajaan menjalankan aktiviti seperti berikut:
- Merancang sesuatu perbelanjaan dan perolehan;
- Mencari, memilih, menilai, dan melantik pembekal untuk menyediakan bekalan atau perkhidmatan;
- Mencipta dan menguruskan sesuatu Kontrak Kerajaan; dan
- Proses permintaan dan pemenuhan bagi bekalan dan perkhidmatan serta pembayaran.
- Selain daripada Kerajaan, pembekal juga boleh mengguna pakai modul-modul utama untuk:
- Penerimaan Pesanan Pembelian Kerajaan, memasukkan Pesanan Penghantaran dan mencipta invois; dan
- Pendaftaran sebagai pembekal Kerajaan.
Modul - modul utama di dalam ePerolehan:
Pelan Perolehan
1.Merupakan satu kemudahan kepada Pengguna Kerajaan merancang perbelanjaan dan melakukan perolehan. Objektif modul Pelan Perolehan adalah untuk:
- Memastikan perolehan kerajaan dirancang secara terperinci sebelum pelaksanaan;
- Memastikan perolehan kerajaan dilaksanakan secara berhemat; dan
- Mengoptimumkan peruntukan yang diluluskan bagi mengelakkan perolehan yang tinggi pada akhir tahun.
2. Tiga (3) ciri utama di dalam modul Pelan Perolehan:
- Pelan Perbelanjaan - Perancangan bagi perolehan sehingga RM 20,000.00;
- Pelan Perolehan - Perancangan bagi perolehan yang melebihi RM 20,000.00; dan
- Laporan - Penjanaan laporan bagi memantau status pelaksanaan Pelan Perbelanjaan & Perolehan.
Pemilihan Pembekal
Merujuk kepada proses mencari, memilih, menilai, dan melantik pembekal untuk menyediakan barangan atau perkhidmatan tertentu. Tiga (3) kaedah utama Pemilihan Pembekal:
- Kaedah perolehan Pembelian terus yang melibatkan Perolehan sehingga RM 20,000 melalui Katalog dan Pelawaan Tawaran Harga;
- Perolehan melebihi RM 20,000 sehingga RM 500,000 melalui Sebut Harga; dan
- Perolehan melebihi RM 500,000 melalui Tender.
Modul Pengurusan Kontrak
1.Menyediakan ciri-ciri untuk membolehkan penciptaan dalam talian dengan memasukkan maklumat seperti nilai, tempoh & siling kontrak, jangka masa pembayaran & penghantaran. Modul Pengurusan Kontrak seterusnya membolehkan agensi mengautomasi persediaan perjanjian dan persediaan akhir kontrak.
2.Tiga (3) fungsi utama Pengurusan Kontrak:
- Mencipta dan menyelenggara butiran pemenuhan dan perjanjian Kontrak Kementerian;
- Mencipta dan menyelenggara butiran pemenuhan dan perjanjian Kontrak Pusat; dan
- Mencipta dan menyelenggara Pekeliling Perbendaharaan (1PP) bagi Kontrak Kementerian dan Kontrak Panel.
Modul Pengurusan
Pembekal menyediakan maklumat mengenai semua pembekal yang membekalkan barangan dan perkhidmatan kepada Kerajaan Persekutuan, yang mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun dalam talian di dalam Sistem ePerolehan. Jenis-jenis akaun adalah seperti berikut:-
- Akaun Asas (membenarkan pembekal menyertai modul Pemilihan Pembekal sehingga jumlah maksimum RM20, 000 setahun); dan
- Akaun MoF berdaftar Kementerian Kewangan (membenarkan pembekal menyertai modul Pemilihan Pembekal melebihi RM20, 000 setahun).
- Modul Pengurusan Pembekal merangkumi fungsi-fungsi berikut:-
- Pendaftaran Pembekal untuk Akaun Asas;
- Pendaftaran Pembekal untuk Akaun MoF : Permohonan baharu, pembaharuan, status bumiputera, kemas kini profil dan tambah bidang;
- Penyelenggaraan bagi Akaun Asas dan Akaun MoF;
- Prestasi Pembekal dan Pemantauan Transaksi; dan
- Tindakan Tatatertib ke atas Pembekal.
Faedah ePerolehan Kepada Pembekal dan Kerajaan
- Antara kebaikan ePerolehan kepada pembekal ialah proses transaksi, pendaftaran dengan Kerajaan adalah secara dalam talian. Hal ini, memudahkan interaksi antara kedua pihak melalui jarak jauh dan boleh dibuat pada bila-bila masa atau tempat. Pembekal juga boleh menjual dan mempromosikan produk serta perkhidmatan kepada Kerajaan hanya secara dalam talian dan melalui cara ini dapat mengurangkan kos dan menjimatkan masa. Seterusnya, pembekal berpeluang untuk mempelajari konsep ePerniagaan secara lebih mudah dengan menggunakan sistem ePerolehan sebagai platform perniagaan.
- Selain itu, transaksi dan pengiklanan produk dan perkhidmatan menjadi lebih murah dan pantas, lantas menggalakkan peningkatan di dalam kuantiti pembelian melalui sistem ePerolehan. Bukan itu sahaja, sistem ePerolehan yang efisien dan konsisten memudahkan pembekal untuk merancang proses perolehan dengan lebih berkesan serta proses yang diautomasikan memberi pulangan kos operasi yang lebih rendah serta masa pusingan urus niaga lebih pantas.
- Manakala, kebaikan kepada Kerajaan ialah proses kemaskini maklumat produk dan penyenaraian harga membantu pembeli dalam membuat pemilihan dengan betul. Pembelian dan pembayaran dapat diuruskan dengan cekap kerana proses pengesanan dan pengauditan boleh dilakukan di sistem ePerolehan. Melalui sistem ini juga dapat meningkatkan tahap kecekapan teknologi IT untuk sektor Kerajaan.
- Selain itu, sejajar dengan misi negara menuju K-ekonomi, Sistem ePerolehan menjadi jentera kepada Kerajaan Malaysia untuk menembusi ekonomi baharu dan mengutamakan ePerniagaan. Sistem ePerolehan juga menjimatkan kos operasi setiap pembekal dan pembeli Kerajaan berdasarkan masa yang singkat dan proses urus niaga yang telah diringkaskan.
Capaian URL:
Unit KK II
E-mel: koordinasi.khas@treasury.gov.my
Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat
Kementerian Kewanga
MyCukai
Analisis terhadap Dasar Cukai meliputi sistem-sistem sedia ada yang digunakan di Perbendaharaan Malaysia melalui Bahagian Cukai (BC) iaitu Sistem Maklumat Pengurusan Cukai (SMPC), Sistem Ejen Cukai (SEC GST) dan Sistem ePengesanan Pengecualian Cukai (ePPC).
Sistem baru yang diwujudkan ini iaitu MyCukai akan menggantikan sistem sedia yang telah ada iaitu SMPC, SEC GST dan ePPC. MyCukai akan mempunyai skop yang lebih luas berbanding sistem sedia ada di mana ia akan merangkumi keseluruhan aliran proses kerja yang terdapat di BC. Sistem yang sebelum ini manual ditransformasikan kepada dalam talian keseluruhannya. Selain itu, pewujudan pangkalan data berpusat yang terdapat di MyCukai juga meningkatkan kecekapan proses kerja secara menyeluruh dan menggantikan ketiga-tiga sistem sedia ada ini. Pasukan projek telah menjalankan analisis menyeluruh terhadap persekitaran kerja dan aliran kerja yang terlibat di BC.
MyCukai dapat memberi maklumat atau data percukaian yang mencukupi untuk membolehkan kerajaan merangka dasar cukai. Selain itu berupaya untuk membolehkan pegawai memantau dan menganalisis kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dan berfungsi sebagai sistem yang menyediakan permohonan secara dalam talian yang bermula daripada permohonan dibuat sehingga surat keputusan dijana termasuk syor perakuan dari agensi bagi pengecualian cukai, remisi dan pulang balik cukai.
MyCukai diwujudkan berteraskan perkara seperti berikut:
- VISI iaitu ke arah mewujudkan satu sistem percukaian yang optimum dan berupaya meningkatkan hasil kerajaan serta mendorong sektor swasta untuk meambah pelaburan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara;
- MISI bagi mewujudkan dan melaksanakan dasar percukaian yang efektif, telus, mudah dan saksama ke arah mencapai pertumbuhan ekonomi yang mapan; dan
- OBJEKTIF seterusnya memastikan sistem dan dasar percukaian yang saksama dan berupaya merangsang pertumbuhan ekonomi yang mapan di samping dapat menjana hasil negara.
Terdapat sembilan belas (19) Sektor Utama MyCukai yang telah diklasifikasikan seperti berikut:
- Multimedia dan Komunikasi;
- Kewangan;
- Sosial;
- Pendidikan;
- Pengangkutan;
- Automotif;
- Pengilangan dan Pembuatan;
- Industri Carigali Minyak dan Gas;
- Perlombongan;
- Tenaga;
- Pembinaan;
- Perdagangan dan Pengedaran
- Pertanian;
- Penyelidikan dan Pembangunan;
- Pelancongan;
- Antarabangsa;
- Kesenian dan Kebudayaan;
- Teknologi Hijau dan Inovasi; dan
- Kesihatan.
Hasil daripada pembangunan dan koordinasi mewujudkan sistem ini berserta pengklasifikasian yang telah dibuat, maka sepuluh (10) Modul telah diwujudkan oleh Sistem MyCukai seperti berikut:
- Modul Insentif Khusus (SMPC);
- Modul Ejen Cukai;
- Modul Pentadbiran Sistem;
- Modul Selain Insentif;
- Modul Analisis, Unjuran & Simulasi;
- Modul Pakej Galakan;
- Modul Umum;
- Modul Penggubalan Dasar;
- Modul Insentif Khusus; dan
- Modul Sokongan.
Secara umum, dengan pelaksanaan Sistem MyCukai ini memberi faedah secara keseluruhannya kepada pemegang taruh seperti berikut:
- Menggubal, mengkaji semula dan memantau pelaksanaan dasar cukai langsung dan cukai tidak langsung serta perundangan yang terlibat;
- Memantau dan mengkaji semula dasar galakan cukai langsung dan tidak langsung serta memantau pelaksanaan galakan cukai oleh agensi terlibat;
- Merundingkan perjanjian cukai antarabangsa secara dua hala dan pelbagai hala berhubung cukai langsung dan cukai tidak langsung;
- Mengkaji permohonan pengecualian cukai langsung dan tidak langsung menurut kuasa YB Menteri Kewangan; dan
- Memantau pelaksanaan National Single Window dan U-Customs
Capaian URL:
Unit KK II
E-mel: koordinasi.khas@treasury.gov.my
Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat
Kementerian Kewangan
Permohonan Surat Kelulusan Skim Kuari (SKSK) Secara dalam Talian Melalui Sistem BLESS
JMG mengadakan bengkel permohonan dan Pengeluaran Surat Kelulusan Skim Kuari (SKSK) secara dalam talian melalui platform Business Licencing Electronic Support System (BLESS) bersama Unit BLESS, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 19 Julai 2022.
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia merupakan agensi yang mengeluarkan Surat Kelulusan Skim Kuari (SKSK) bagi pengusaha kuari di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Terengganu di bawah Kaedah-Kaedah Kuari Negeri.
Sasaran pengguna bagi permohonan SKSK ialah pengusaha kuari dan jurutera perunding yang menyediakan dan mengemukakan dan Laporan Skim Kuari. Mulai 17 Mei 2023, JMG telah melancarkan permohonan Surat Kelulusan Skim Kuari (SKSK) melalui Sistem BLESS untuk industri kuari secara percubaan.
Sebanyak 8 bengkel latihan penggunaan sistem BLESS telah dijalankan di seluruh negara untuk melatih pegawai-pegawai JMG, jurutera perunding perlombongan dan pekerja lombong serta kuari bermula dari 17 Mei 2023 sehingga Disember 2023. Surat arahan permohonan baru dan pembaharuan SKSK perlu dipohon secara dalam talian melalui Sistem BLESS mulai 1 Mac 2024 telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat JMG kepada semua Pejabat JMG Negeri (Lampiran surat arahan bertarikh 3 Januari 2024 disertakan)
Outcome/Impak
Penggunaan Sistem BLESS adalah langkah tindakan proaktif JMG ke arah pendigitalan urusan permohonan lesen/surat kelulusan bagi meningkatkan sistem penyampaian JMG bagi industri mineral negara. Melalui Sistem BLESS, permohonan surat kelulusan (SKSK) JMG dapat dibuat secara dalam talian oleh pemohon dan seterusnya diproses oleh pegawai-pegawai JMG. Status permohonan SKSPM/SKSK dapat disemak secara atas talian oleh pemohon melalui Sistem BLESS.
Statistik/Rajah/Gambar/Ikon
Majlis Pelancaran Bengkel Permohonan SKSK Melalui Sistem BLESS di Shah Alam 17 Mei 2023
Statistik Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian
Tahun 2024 :
- Bilangan permohonan baru diproses secara dalam talian = 55
Maklumat Lain
Nama Pegawai dihubungi :
1) Tony Chew tony@jmg.gov.my
2) Mohd Fauzi Bin Osman fauziosman@jmg.gov.my
Tel : 0388716000
Permohonan Surat Kelulusan Skim Pengndalian Melombong (SKSPM) Secara dalam Talian Melalui Sistem BLESS
JMG mengadakan bengkel permohonan dan Pengeluaran Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) secara dalam talian melalui platform Business Licencing Electronic Support System (BLESS) bersama Unit BLESS, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 19 Julai 2022.
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia merupakan agensi yang mengeluarkan Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) kepada pengusaha lombong di seluruh negara di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994. Sasaran pengguna bagi permohonan SKSPM ialah pengusaha lombong dan jurutera perunding yang menyediakan dan mengemukakan Laporan Skim Pengendalian Melombong.
Mulai 19 Julai 2022, JMG telah melancarkan permohonan Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) melalui Sistem BLESS untuk industri perlombongan secara percubaan.
Sebanyak 10 bengkel latihan penggunaan sistem BLESS telah dijalankan di seluruh negara untuk melatih pegawai-pegawai JMG, jurutera perunding perlombongan dan wakil syarikat lombong bermula dari September 2022 sehingga Disember 2023. Surat arahan permohonan baru dan pembaharuan SKSPM dan SKSK perlu dipohon secara dalam talian melalui Sistem BLESS mulai 1 Mac 2024 telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat JMG kepada semua Pejabat JMG Negeri (Lampiran surat arahan bertarikh 3 Januari 2024 disertakan)
Outcome/Impak
Penggunaan Sistem BLESS adalah langkah tindakan proaktif JMG ke arah pendigitalan urusan permohonan lesen/surat kelulusan bagi meningkatkan sistem penyampaian JMG bagi industri mineral negara. Melalui Sistem BLESS, permohonan surat kelulusan (SKSPM) JMG dapat dibuat secara dalam talian oleh pemohon dan seterusnya diproses oleh pegawai-pegawai JMG. Status permohonan SKSPM/SKSK dapat disemak secara dalam talian oleh pemohon melalui Sistem BLESS.
Statistik/Rajah/Gambar/Ikon
Bengkel Latihan Permohonan SKSPM Melalui Sistem BLESS di Kuching Pada 28 Julai 2023
Bengkel Latihan Permohonan SKSPM Dijalankan Di Ipoh Pada 30 September 2022
Statistik Transaksi Perkhidmatan Dalam Talian
Tahun 2024 :
- Bilangan permohonan pembaharuan SKSPM diproses secara dalam talian = 16
- Bilangan permohonan baru SKSPM diproses secara dalam talian = 132
Maklumat Lain
Nama Pegawai dihubungi :
1) Tony Chew tony@jmg.gov.my
2) Mohd Fauzi Bin Osman fauziosman@jmg.gov.my
Tell : 0388716000
Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (sysP)
Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (sysP) ialah sistem yang menguruskan semua perolehan Jabatan / Agensi di Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sistem ini mula diperkenalkan pada Ogos 2008 dengan bertujuan menguruskan semua perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di dalam talian.
Sistem ini dibina sendiri oleh Unit ICT Jabatan Kewangan Negeri tanpa sebarang kos dan diintegrasikan dengan sistem eBayar Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sistem ini telah ditukar nama kepada Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (sysP) kerana untuk mengelak daripada kekeliruan dengan sistem ePerolehan Kerajaan Persekutuan.
Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Versi 2.1 bertujuan untuk memastikan sistem ini sentiasa ditambah baik secara berterusan dengan menambah baik proses-proses yang terdapat di dalam versi sebelum ini. Inovasi ini akan memudahkan pengurusan Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Selain itu ianya selari dengan dasar Tender Terbuka yang telah diamalkan di Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2008 lagi.
Pengurusan Perolehan yang bersistematik sangat penting untuk memastikan kelancaran proses penyampaian perkhidmatan kepada rakyat Pulau Pinang khususnya berjalan lancar. Penggunaan Sistem sysP dalam membantu melicinkan proses ini tidak dapat dinafikan lagi.
Sistem sysP merupakan satu sistem komprehensif di mana Kerajaan Negeri dan Kontraktor dihubungkan melalui sistem ini. Maklumat Perolehan yang diuruskan membuka ruang dan peluang perniagaan kepada Kontraktor untuk mendapatkan perolehan-perolehan Kerajaan Negeri secara telus dan mudah. Sistem ini juga mencerminkan integriti Kerajaan Negeri dalam menguruskan Perolehan.
Outcome/Impak
Sistem sysP membantu semua Jabatan/Agensi di dalam menguruskan semua perolehan bermula daripada pengiklanan kepada umum, jualan dokumen dan seterusnya di dalam membantu Jabatan/Agensi membuat keputusan
Pencapaian
- Naib Johan Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2019
Maklumat Lanjut
Nama,Telefon dan e-mel Pegawai untuk dihubungi:
Nama : Refnaldy Bin Azuardi
Telefon : 04-2623505
E-Mel : refnaldy@penang.gov.my
Media Sosial (Facebook/Twitter/Instagram) jika ada : -
Agensi bertanggungjawab : Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang
Pautan Kepada Halaman Yang Spesifik Beserta FAQ
Sistem Pengurusan Maklumat Lesen dan Permit (uLESEN)
uLesen (sistem pengurusan lesen dan permit) yang dibangunkan oleh MBPP adalah sistem pengurusan lesen dan permit digital yang komprehensif dan berimpak tinggi. uLesen menyokong pertumbuhan perniagaan dan ekonomi setempat, meningkatkan industri pelancongan, memelihara kesihatan awam, keselamatan, dan kebajikan awam, serta memastikan pematuhan kepada peraturan dan piawaian kerajaan.
Sejak dilancarkan pada April 2023, uLesen telah diakses oleh 26,675 pengguna aktif, telah memproses 43,847 permohonan lesen dan permit, serta menjana sebanyak RM 14,911,792.8 dalam pendapatan hasil (peningkatan 63%) sepanjang tahun pertama operasinya.
Sistem ini telah meningkatkan Indikator Prestasi Utama (KPI) untuk kelulusan lesen dari 28 hari kepada kurang daripada 7 hari (lebih daripada 25% permohonan menerima kelulusan segera). uLesen menggabungkan ciri-ciri canggih seperti eKYC (electronic Know Your Customer), Akses Ubiquitous (Bila-bila masa, Di mana sahaja, Mana-mana peranti), Tandatangan Digital, Lesen Digital, QR Selamat Ter-enkripsi, Konfigurasi Dinamik, dan Skalabiliti Agile (pendekatan tanpa kod). Sistem ini membolehkan proses dalam talian end-to-end dengan interaksi tanpa bersemuka, latihan video dalam talian, berintegrasi secara masa nyata dengan pelbagai agensi, dan kemudahan pembayaran pelbagai saluran (termasuk auto-debit). Selain itu, Automasi Proses Perniagaan, mekanisme Anti-penipuan, dan sokongan untuk penguatkuasaan berasaskan sasaran atau crowd-base seterusnya meningkatkan impak dan manfaat sistem ini.
Ciri-ciri ini secara kolektif menjadikan uLesen sebuah platform yang kukuh, cekap, dan selamat untuk mengurus lesen dan permit, yang secara signifikan meningkatkan pengalaman pengguna dan kecekapan operasi untuk MBPP dan semua pihak berkepentingan.
Pencapaian
- Tempat pertama Kategori ICT dan Anugerah Utama Piala Ketua Menteri 2023 (sempena Hari Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2023)
- APICTA 2024 (Malaysia Merit Recipient)
Statistics/Charts/Images/Icons
Maklumat Lanjut
Social Media (Facebook/Twitter/Instagram) if available:
Agensi Yang Bertanggungjawab
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Link to Specific Page with FAQ
Sistem eLESEN
Pengenalan
Sistem Pengurusan Pelesenan dan Penjaja Berkomputer (eLesen) dibangunkan untuk kegunaan Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja sebagai usaha menambahbaik mutu penyampaian perkhidmatan jabatan kepada pelanggan yang menjalankan perniagaan di Kuala Lumpur. Sistem ini digunakan untuk menyelaras pengurusan pemprosesan permohonan bagi semua jenis lesen terdiri antaranya Lesen Premis dan Komposit, Lesen Iklan dan Lesen Hiburan yang dikeluarkan oleh jabatan secara online bermula dari pendaftaran permohonan hingga ke proses pembayaran dan cetakan lesen. Pengguna sistem terdiri daripada pegawai dan kakitangan DBKL, agensi luar yang terlibat untuk memproses permohonan lesen serta orang awam/pelanggan yang membuat permohonan lesen.
Latar Belakang
eLESEN mula digunapakai di DBKL secara berperingkat mulai tahun 2006. Beberapa siri penambahbaikan ke atas sistem ini telah dilaksanakan yang melibatkan penambahbaikan dan penambahan modul bagi keperluan pengguna dan integrasi dengan beberapa sistem sebagai tambahan saluran capaian kepada orang awam.
Pernyataan Masalah
Sepanjang penggunaan sistem ini bagi mengurus permohonan lesen, DBKL sentiasa membuat penambahbaikan proses kerja dan polisi/dasar bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan. Sehubungan itu, sistem eLesen perlu ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memenuhi perubahan keperluan pengguna dan tambah nilai perkhidmatan online kepada orang awam.
Objektif
Sistem eLesen dibangunkan sebagai medium bagi memproses semua jenis permohonan lesen di bawah bidang kuasa Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja bermula dari proses pendaftaran permohonan, imbasan dokumen lampiran, edaran siasatan/ulasan melibatkan kakitangan dalaman dan agensi luar (seperti Jabatan Bomba, Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Kastam dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia), penyediaan dan pelaksanaan mesyuarat, penyediaan bil lesen dan surat keputusan, pembayaran dan cetakan lesen.
Sistem ini juga disediakan sebagai kemudahan kepada pelanggan jabatan untuk membuat permohonan lesen, menyemak status permohonan dan mencetak surat keputusan permohonan secara online.
Outcome/Impak
1 - Organisasi dan penjawat awam
- Mewujudkan sistem kerja bagi memproses permohonan lesen dengan lebih sistematik dan teratur
- Membenarkan perkongsian data di antara semua kakitangan/ pegawai yang terlibat dalam sesuatu proses permohonan
- Memudahkan penyediaan laporan berkaitan permohonan lesen
2 - Pelanggan / Orang Awam
- Memberi kelebihan kepada pelanggan untuk menguruskan lesen perniagaan secara online
- Membenarkan pelanggan membuat capaian ke atas portal jabatan untuk mendapat maklumat berkaitan lesen-lesen yang boleh dipohon di Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja.
Pencapaian
Sejak mula digunakan dari tahun 2006 sehingga kini, sebanyak lebih dari 250,000 lesen telah diproses melalui sistem ini yang melibatkan purata hasil kutipan lesen sehingga RM50 juta setahun.
Sistem eLesen ini juga telah dimasukkan sebagai salah satu inovasi DBKL yang mendapat anugerah inovasi pada tahun 2010 dan pernah dibawa ke pertandingan KIK pada tahun 2009 dan mendapat tempat ketiga di peringkat Wilayah Persekutuan.
Rantaian Kehadapan
Sebagai langkah ke hadapan, sistem eLesen akan terus ditambahbaik mengikut perubahan semasa bagi memastikan semua pengguna samada pelanggan atau pegawai/kakitangan terlibat mendapat manfaat yang maksimum dari penggunaan sistem ini. DBKL juga sedang menaiktaraf sistem ini dengan gabungan teknologi lain seperti business intelligent tools dan perisian GIS bagi menyediakan sistem eLesen untuk berfungsi sebagai alat bantu membuat keputusan atau dasar berkaitan pembangunan ekonomi dan sosial di Kuala Lumpur.
Maklumat Lanjut
Nama : Siti Noor Binti Hamzah dan Pn. Normala Mistar
Telefon : 03-2028 2052 dan 03-2028 2620
E-mel : sitinoor@dbkl.gov.my dan normala@dbkl.gov.my
Pautan Url
Program Penggunaan Barangan Dan Perkhidmatan Hasil R&D Tempatan (MySTI) Dalam Perolehan Kerajaan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Kementerian Kewangan (MOF) baru-baru ini telah melancarkan inisiatif Adoption of Local R&D Products and Services (MySTI) in Government Procurement bagi merancakkan pertumbuhan industri tempatan berasaskan teknologi dan inovasi.
MySTI menyediakan sebuah platform yang merangkumi program pensijilan logo serta inventori produk dan perkhidmatan yang telah dibangunkan melalui aktiviti R&D tempatan. Maklumat lanjut mengenai inisiatif ini boleh didapati di www.mysti.gov.my. Produk dan perkhidmatan layak yang menerima pensijilan logo MySTI akan diberikan keutamaan dalam perolehan kerajaan. Program ini dilaksanakan secara perintis selama 2 tahun bermula 26 Jun 2023, melibatkan 10 kementerian.
Teknopreneur dan penyelidik tempatan sering menyuarakan cabaran untuk menyertai dan bersaing dalam perolehan kerajaan. Mereka terpaksa memilih “strategi bumerang,” iaitu memasarkan produk mereka di luar negara terlebih dahulu untuk membuktikan keberkesanannya sebelum diterima di pasaran tempatan.
Melalui inisiatif MySTI, teknopreneur tempatan akan diberi keutamaan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan R&D mereka dalam perolehan kerajaan. Program ini dirangka bagi:
- Meningkatkan daya saing, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan keupayaan syarikat teknologi tempatan melalui akses kepada perolehan kerajaan;
- Merangsang inovasi dan mengiktiraf bakat tempatan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI);
- Menggalakkan penggunaan inovasi tempatan terutamanya dalam perolehan kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap produk import;
- Membantu teknopreneur tempatan menarik pelabur melalui prestasi dan rekod pencapaian dalam kontrak kerajaan; dan
- Menyokong pemulihan serta pertumbuhan ekonomi negara.
Perolehan kerajaan merupakan pasaran yang besar dan stabil, berupaya meningkatkan kesejahteraan rakyat. Perbelanjaan penggunaan akhir kerajaan am (% kepada KDNK) di Malaysia dilaporkan pada kadar 11.59% pada tahun 2022. Sokongan kerajaan melalui dasar perolehan awam MySTI dapat menyumbang kepada agenda pembangunan negara untuk menjadi negara yang lestari serta berasaskan teknologi dan inovasi. Kerajaan Madani yang mengutamakan kreativiti (“Daya Cipta”) komited untuk menjadi pengguna awal inovasi tempatan, selaras dengan amalan terbaik negara maju.
Syarikat teknologi tempatan wajar diberi peluang untuk membuktikan keberkesanan dan kecekapan produk serta perkhidmatan mereka melalui perolehan kerajaan, sekali gus membina rekod kukuh dalam negara. Ini akan meningkatkan keyakinan pelabur dan pembeli di peringkat antarabangsa. Dengan dasar ini, kerajaan boleh menyelaraskan keperluan dengan pembangunan teknologi dan inovasi tempatan melalui penambahbaikan berterusan, penyesuaian dan pengoptimuman (kaizen).
Inisiatif MySTI turut melengkapi keputusan kerajaan Malaysia untuk mengesahkan Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) bersama 10 negara iaitu Australia, Brunei, Chile, Jepun, Kanada, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. CPTPP memberikan akses perolehan kerajaan kepada negara anggota, tertakluk kepada pengecualian yang dipersetujui. MySTI bertindak sebagai “pedang bermata dua” yang mengukuhkan daya saing industri teknologi tempatan di pasaran domestik sambil mempersiapkan mereka untuk merebut peluang pasaran di negara anggota CPTPP lain.
Sehingga 18 Oktober 2023, Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) selaku agensi pelaksana telah menerima lebih 500 permohonan pensijilan logo MySTI. Daripada jumlah tersebut, 50 produk dan perkhidmatan telah diluluskan untuk menggunakan logo tersebut dan sedang giat dipromosi untuk perolehan dalam 10 kementerian perintis.
Pelbagai produk dan perkhidmatan teknologi tempatan tersedia untuk digunakan dalam pelbagai sektor perkhidmatan awam dan industri, termasuk kategori seperti Teknologi & Sistem Pintar, Perubatan & Penjagaan Kesihatan, serta Bandar Pintar & Pengangkutan. Maklumat lanjut tersedia dalam Rajah 1.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Maklumat Lanjut mengenai Penandaan Logo MySTI:Sekretariat MySTI, MRANTIMalaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI)Tel: +603-8998 2020E-mel: info@mysti.gov.myLaman Sesawang: www.mysti.gov.my
Maklumat Lanjut mengenai Dana MySTI:Sekretariat Dana MySTI, MTDCMalaysian Technology Development Corporation (MTDC)Tel: +603-2172 6000E-mel: mysti@mtdc.com.myLaman Sesawang: www.mtdc.com.my/mysti/
Perkhidmatan Perlesenan dan Penguatkuasaan Jabatan Tenaga Atom (eSPP)
Pengenalan
Pengawalan ke atas penggunaan benda-benda radioaktif telah dijalankan sejak tahun 1968 lagi apabila Parlimen meluluskan Akta Benda-Benda Radioaktif 1968. Memandangkan perkembangan aktiviti-aktiviti tenaga atom di Malaysia amatlah pesat dan memerlukan pengawalan yang lebih berkesan, maka pada April 1984 Parlimen telah meluluskan Akta Perlesenan Tenaga Atom (Akta 304).
Selaras dengan kehendak Seksyen 3, Akta 304, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 1 Februari 1985. AELB bertindak sebagai sebuah badan penguat kuasa ke atas Akta 304 dan perundangan-perundangan subsidiari yang dibuat di bawah akta tersebut. Mulai 27 Oktober 1990 AELB telah diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi.
Melalui surat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam JPA.(S).700-2/1/1 Jld 3 (30) bertarikh 9 Jun 2022, AELB telah dijenamakan sebagai Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia). Atom Malaysia dianggotai oleh lima orang ahli yang dilantik oleh menteri. Ahli-ahli ini kesemuanya berkelayakan dalam bidang sains dan teknikal berkaitan tenaga atom.
Latarbelakang
Perkhidmatan Sistem eSPP membolehkan permohonan dikemukakan dan dinilai secara atas talian dan dapat meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304).
Melalui penggunaan sistem eSPP, proses permohonan dan penilaian bagi aktiviti tenaga atom maksud bukan perubatan dapat dilakukan dengan lebih mudah, pantas dan berkesan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan melalui sistem ini adalah;
- Permohonan lesen, pendaftaran, kelulusan, pengiktirafan dan lain-lain;
- Menyemak dan memantau status/keputusan permohonan;
- Semakan invois dan menjelaskan pembayaran melalui Perbankan Internet;
- Menerima notis pemberitahuan melalui sistem dan e-mel;
- Mengemas kini maklumat syarikat dan pekerja sinaran;
- Pengawalan aktiviti tenaga atom; dan
- Lain-lain perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Tenaga Atom.
Objektif
- Untuk memastikan penggunaan tenaga atom adalah selamat, terjamin dan dikawal guna demi melindungi masyarakat, pekerja dan alam sekitar;
- Untuk memperoleh, menyebar dan menjana pengetahuan untuk meningkat keselamatan nuklear dan sinaran, sekuriti serta kawal gunaan; dan
- Untuk mewujudkan kemakmuran melalui penyediaan persekitaran yang kondusif dan diyakini masyarakat antarabangsa dengan satu kerangka perundangan negara yang berwibawa dan kompeten selaku pemudah bagi industri tempatan untuk memperoleh teknologi-teknologi sensitif termoden untuk negara.
Impak
- Peningkatan kualiti perkhidmatan jabatan melalui sistem atas talian.
- Membolehkan pelanggan terus menerus dapat menerima maklumat penting yang berkaitan dengan Akta 304 dengan lebih pantas dan berkesan.
- Memperluas dan meningkatkan jaringan komunikasi menerusi sistem atas talian yang lebih selamat.
Maklumat Lanjut
Jabatan Tenaga Atom
