Jurang Digital
Sistem E-Tuition
Latar belakang/Overview Inisiatif
Sistem E-Tuition merupakan sebuah sistem pengurusan pembelajaran dalam talian yang disediakan oleh Pusat Kecemerlangan Nuklear (Nuclear Center of Excellence, CoNE) bagi penawaran program latihan di bidang teknologi nuklear dan teknologi berkaitan. Terdapat enam sektor latihan yang ditawarkan iaitu :
- Keselamatan Sinaran dan Kesihatan
- Sinaran Perubatan
- Ujian Tanpa Musnah
- Keselamatan Persekitaran dan Kesihatan
- Sains Nuklear dan Kejuruteraan
- Pengurusan Teknologi
Sistem ini direka bentuk untuk menyokong pembelajaran dan pengajaran melalui medium digital. Sistem ini juga membantu dalam pengurusan kursus, penyampaian bahan pembelajaran, penilaian pelatih, dan interaksi antara pengajar dan pelatih, yang semuanya dapat dilaksanakan secara dalam talian.
Pembangunan sistem ini bermula pada tahun 2010 dan dilaksanakan oleh syarikat pembekal luar menggunakan aplikasi Moodle. Inisiatif penawaran kursus pertama dalam sistem E-Tuition dilaksanakan pada tahun 2011 melalui program latihan berfokus bidang sinaran perubatan iaitu Good Handling Practice In Medical X-Ray kepada pegawai dan pengamal perubatan dengan mengambil kira faktor kesibukan dan keterbatasan pelatih untuk mengikuti latihan secara fizikal. Daripada titik tolak ini, maka dikembangkan dan ditambah penawaran program-program latihan yang lain sehingga kini.
Sasaran penyertaan ini terbuka untuk pembelajaran dewasa golongan profesional terdiri daripada syarikat-syarikat swasta dan jabatan/agensi kerajaan serta orang awam. Sistem ini dikategorikan sebagai sistem



