Kepelbagaian Perkhidmatan
Platform Perkhidmatan Penghantaran
Mekanisme akses yang digunakan oleh kedua-dua kerajaan dan pelanggan untuk berinteraksi
Pusat Transformasi Bandar (UTC)
Apa itu UTC?
Urban Transformation Centre (UTC) atau Pusat Transformasi Bandar merupakan salah satu usaha dan inisiatif Kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan. Komuniti bandar boleh membuat pelbagai urusan dengan jabatan Kerajaan dan swasta dalam satu bangunan dengan menjimatkan masa tanpa perlu pergi ke bangunan-bangunan Kerajaan yang lain.
Ia merupakan sebahagian daripada strategi Lautan Biru yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui kerjasama strategik antara agensi Kerajaan dan sektor swasta.
Inisiatif ini dilaksanakan oleh kerajaan adalah bagi memastikan komuniti bandar mendapat perkhidmatan dan berurusan di bawah satu bumbung. Sebagai satu pusat yang menggabungkan Perkhidmatan Guna sama Kerajaan seperti Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan, Lembaga Hasil Dalam Negeri, e-Perolehan, Imigresen serta Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL).
UTC mampu menjadi medium berkesan dalam membantu meringankan beban penduduk terutamanya mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup dengan mendapatkan bekalan barangan harian dengan harga berpatutan.
Latarbelakang
UTC yang pertama di Melaka telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 23 Jun 2012. UTC merupakan pelengkap kepada Program Transformasi Komuniti (CTP) bagi memastikan semua inisiatif program dan perkhidmatan kerajaan menawarkan perkhidmatan secara maksimum kepada rakyat sebagai pusat sehenti.UTC adalah lambang kepada inisiatif berterusan kerajaan, melalui kaedah yang lebih inovatif dan kreatif serta memberi impak besar kepada kepuasan rakyat terhadap perkhidmatan yang diberikan kerajaan.
Apakah Objektif Pelaksanaan UTC?
Objektif pelaksanaan UTC adalah untuk:
- Memudahkan orang ramai membuat pelbagai urusan dengan jabatan kerajaan dan swasta tanpa perlu ke mana-mana bangunan kerajaan yang lain dalam satu-satu masa ; "Satu Pusat Pelbagai Perkhidmatan" secara bersepadu melangkaui waktu operasi biasa pejabat.
- Memudahkan masyarakat bandar untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan yang disediakan oleh agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan di bawah satu bumbung melalui Program Transformasi Bandar.
Apakah faedah yang diperolehi daripada UTC?
Komuniti bandar akan menikmati faedah seperti berikut:
- Perkhidmatan kerajaan dan swasta dalam satu bangunan berbentuk one stop centre.
- Membuat pelbagai urusan dalam satu bangunan dengan penjimatan masa dan kos.
- Keutamaan kepada rakyat dengan memberi keselesaan dalam kehidupan menerusi perkhidmatan yang lebih efisyen dan menjimatkan.
- Menjadi pelengkap kepada program Transformasi Komuniti (CTP) bagi memastikan perkhidmatan, inisiatif dan program kerajaan dapat memberi manfaat secara maksimum kepada rakyat.
- Memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan dan swasta.
Rantaian Kehadapan
Dalam menyediakan perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat, Kerajaan juga turut menyediakan Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile Community Transformation Centres) atau lebih dikenali sebagai Mobile CTCs.
Pautan kepada halaman yang spesifik
Pusat Transformasi Luar Bandar
Pengenalan
RTC merupakan pemacu dan pelengkap kepada Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang bertujuan untuk mempercepatkan peningkatan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat.
RTC menjadi penghubung masyarakat luar bandar dengan aktiviti yang mempunyai nilai tambah yang tinggi bagi mewujudkan impak ekonomi dan pendapatan berganda.
RTC menawarkan peluang kepada penduduk tempatan seperti:
- Menjual produk pertanian berbentuk nilai tambah tinggi secara terus
- Membeli bekalan dan perkhidmatan untuk pengguna pada harga yang rendah
- Mendapat kemahiran, menjalani latihan dan program pembangunan keusahawanan
- Mendapat kemudahan bantuan kewangan dan perkhidmatan lain secara terus
- Berkongsi serta bertukar maklumat dan pengetahuan
Apakah itu RTC?
RTC merupakan satu tempat yang melaksanakan inisiatif-inisiatif secara bersepadu yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah National Blue Ocean Strategy 4 (NBOS4). Kesemua inisiatif ini akan dilaksanakan di RTC dan kawasan 100km radius daripada RTC. Di bawah pelaksanaan program-program di RTC, sebanyak 8 inisiatif telah dikenalpasti, iaitu:
a. Inisiatif 1-Latihan Kemahiran Kepada Penduduk Luar Bandarb. Inisiatif 2-Penubuhan Kios Informasi 1Malaysia c. Inisiatif 3-Pertanian Bernilai Tinggi d. Inisiatif 4-Pemprosesan Produk Agro-Makanan e. Inisiatif 5-Pengurusan Rantaian Bekalan Hasil Pertanianf. Inisiatif 6-Kerjasama Universiti g. Inisiatif 7-Perkhidmatan Keselamatan Makanan dan Farmaseutikal h. Inisiatif 8-Kemudahan Pembiayaan Kewangan Kepada Penduduk Luar Bandar
Pelaksanaan kelapan-lapan inisiatif ini diterajui oleh pelbagai Kementerian di samping kerjasama dan sokongan daripada lain-lain Kementerian berkaitan. Sebagai contoh, dalam pelaksanaan Inisiatif 4, iaitu pemprosesan produk agro-makanan, pengusaha-pengusaha produk industri asas tani dibantu dalam pembangunan produk mereka melalui penjenamaan, pelabelan, pembungkusan dan persijilan dengan bantuan pelbagai agensi, antaranya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), MARDI dan Jabatan Kesihatan.
Apakah Objektif Pelaksanaan RTC?
Objektif pelaksanaan TC adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan pendapatan penduduk2. Mengurangkan kos sara hidup 3. Meningkatkan akses masyarakat luar bandar kepada perkhidmatan kerajaan
Apakah impak yang diperolehi daripada pelaksanaan RTC?
1. Menjamin penyampaian perkhidmatan awam yang cekap dan memudahkan rakyat selaku pelanggan.2. Memberi faedah kepada penduduk luar bandar untuk membuat sebarang urusan dengan kementerian, pelbagai agensi kerajaan negeri dan swasta yang diletakkan di dalam satu bangunan.3. Memanfaatkan kemudahan dan latihan yang disediakan serta memberi peluang kepada penduduk luar bandar untuk menambah pendapatan masing-masing.4. Membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan rantaian bekalan hasil pertanian dan aktiviti ekonomi setempat di luar bandar.Pautan kepada halaman yang spesifik
Mini Rural Transformation Center (RTC)
Apakah Mini RTC
Mini Rural Transformation Center (Mini RTC) adalah transformasi sektor luar bandar yang juga merupakan sebahagian daripada Dasar Transformasi Nasional.
Mini RTC merupakan pusat ‘Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan' kepada penduduk kampung dalam mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan yang di tawarkan oleh Kerajaan.
Program Mini RTC diperkenalkan di mana ia merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam usaha mempercepatkan transformasi luar bandar sebagai kawasan yang produktif, maju dan berdaya saing melalui program merapatkan jurang digital dan sebagai pusat sehenti komuniti luar bandar bagi mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan.
Program Mini RTC terdiri daripada:
a. Latihan Komuniti - Memberi latihan kepada penduduk setempat merangkumi latihan kemahiran desa dan latihan ICT.
b. Perkhidmatan Setempat - Menyediakan perkhidmatan secara kolaborasi bersama agensi Kerajaan/swasta iaitu perkhidmatan Servis Kewangan dan Kaunter Bergerak/Buka Kaunter (contoh: JPJ, POS, EBB)
c. Kesukarelawanan - Mengadakan program/aktiviti berbentuk kesukarelawan kepada penduduk setempat (contoh: gotong-royong, taklimat kesedaran, tuisyen, KOSPEN)
d. Pengumpulan Hasil Tani/Industri Kecil dan Sederhana (IKS) - Menyediakan kemudahan pengumpulan serta mempromosi hasil tani/produk IKS penduduk setempat.
Latar belakang
Mini RTC pada dahulunya dikenali sebagai Medan Infodesa (MID) yang telah dinaiktaraf selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Bajet 2013. Cadangan penaiktarafan ini adalah merupakan usaha pihak Kerajaan untuk mempercepatkan transformasi luar bandar sebagai kawasan yang produktif, maju dan berdaya saing.
Kini, peranan Mini RTC menjadi semakin meluas dan tidak terhad, berbanding dengan MID yang hanya berfungsi sebagai pusat ICT dan tertumpu kepada pelaksanaan program-program merapatkan jurang digital. Mini RTC akan menjadi platform untuk menyelaras semua program daripada pelbagai Agensi/Jabatan berlandaskan konsep Strategi Lautan Biru Nasional 5 (NBOS 5 dan NBOS 8).
Langkah menaiktaraf MID kepada Mini RTC juga dapat memperluaskan skop, peranan dan fungsi Pengurus sedia ada. Fokus kini tertumpu kepada usaha menggalakkan kolaborasi pelbagai agensi/jabatan/swasta dalam aspek tenaga dan kepakaran bagi melaksanakan program di premis Mini RTC. Kolaborasi ini dijalankan dengan memaksimakan penggunaan sumber sedia ada di pelbagai Kementerian yang terlibat bagi mencipta lonjakan dalam pembangunan luar bandar melalui penjimatan kos serta pelaksanaan program/aktiviti dalam tempoh yang singkat (quick win).
Apakah Objektif Mini RTC?
1. Sebagai ‘One Stop Centre' kepada penduduk luar Bandar.2. Menyediakan prasarana untuk penduduk kampung memasarkan produk keluaran bagi meningkatkan taraf sosial ekonomi.
Jumlah Mini RTC mengikut Negeri
Apakah impak Mini RTC?
Impak yang boleh diperolehi dengan pewujudan Mini RTC adalah dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar melalui aspek peningkatan pendapatan, pengurangan kos sara hidup selain menambah baik akses kepada perkhidmatan kerajaan.
Pautan kepada halaman yang spesifik
Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA)
Apa itu GAMMA?Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), adalah sebuah galeri berpusat dan sahih yang diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 2015 untuk memudahkan rakyat Malaysia memuat turun aplikasi yang diperlukan untuk urusan berkaitan kerajaan. Galeri berpusat ini menempatkan aplikasi mudah alih Kerajaan yang selamat, dipercayai dan sahih melalui konsep "One Stop Centre" dan telah diwujudkan di Pusat Data Sektor Awam (PDSA).
GAMMA merupakan inovasi perkhidmatan Kerajaan berasaskan mobile yang bertujuan untuk mempelbagaikan saluran perkhidmatan Kerajaan melalui peranti pintar. Bertepatan dengan tagline "Mobiliti, Gaya Hidup Pintar", rakyat boleh menggunakan perkhidmatan Kerajaan dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.
Pengguna telefon pintar yang mempunyai aplikasi GAMMA akan dapat mengakses dan memuat turun semua aplikasi kerajaan yang tersenarai secara percuma tanpa perlu ragu akan ketulenannya. Selain itu, aplikasi GAMMA juga adalah interaktif, cepat, mesra pengguna, percuma dan dapat disesuaikan dengan pelbagai jenis peranti pintar berasaskanAndroid, iOSdanWindows.
Pelaksanaan GAMMA sangat signifkan kepada perkhidmatan awam kerana meliputi seluruh agensi Sektor Awam yang akan memberikan impak yang sangat besar kepada peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
Apakah Objektif GAMMA?Objektif utama GAMMA adalah seperti berikut:1. Menyediakan Gudang/Galeri Aplikasi mudah alih yang selamat, dipercayai dan sahih untuk digunakan oleh rakyat bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi Kerajaan.2. Menyediakan tools/perisian yang mudah untuk membangunkan aplikasi mudah alih yang dapat membantu pegawai Kerajaan dalam membangunkan aplikasi mudah alih perkhidmatan di agensi masing-masing sendiri3. Inovasi perkhidmatan online kerajaan secara mobile mengikut perkembangan teknologi terkini dicapai oleh semua lapisan masyarakat pada bila-bila masa dan di mana jua.4. Mempelbagaikan saluran penyampaian perkhidmatan kerajaan untuk kemudahan rakyatApakah Impak yang Boleh diperoleh Melalui GAMMA?1. Meningkatkan kesediaan agensi untuk menyediakan perkhidmatan kerajaaan melalui telefon mudah alih.2. Meningkatkan pelaksanaan maklumat digital ke seluruh negara.3. Penjimatan kos kepada kerajaan melalui perkongsian infrastruktur GAMMA dan promosi.4. Meningkatkan kualiti dan produktiviti.5. Perkongsian maklumat yang pantas, luas dan mudah antara Kerajaan dan rakyat.6. Peningkatan kesedaran rakyat terhadap perkhidmatan mudah alih Kerajaan.7. Aplikasi dapat dimuat turun dengan cepat dan senang.8. Menarik minat generasi muda menggunakan perkhidmatan Kerajaan secara mudah alih.
PengiktirafanGAMMA telah menyertai pertandingan Globals mobileGov Awards yang telah diadakan pada 8 hingga 9 Mei 2017 di Brighton, United Kingdom. GAMMA telah memenangi anugerah kategori “MobileGov Special Recognition” iaitu “Excellence in Designing the Future of eGovernment’
Rantaian Kehadapan GAMMA berpotensi untuk terus berkembang kerana dengan penembusan peranti mudah alih sebanyak 143.8 % dan langganan jalur lebar sebanyak 30.8 juta daripada jumlah penduduk Malaysia seramai 30.68 juta, penyediaan perkhidmatan Kerajaan melalui aplikasi mudah alih akan membolehkan perkongsian maklumat yang pantas, luas dan mudah kepada rakyat.
Pautan Kepada Halaman dan Video GAMMA
mySMS
PENGENALAN
Perkhidmatan Gerbang SMS Kerajaan 15888 (mySMS 15888) merupakan inisiatif Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bermula pada tahun 2008 sebagai platform bagi agensi-agensi Kerajaan menyampaikan perkhidmatan menerusi saluran Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
MAMPU melantik pengendali dari syarikat berkelayakan sebagai penyedia perkhidmatan SMS Kerajaan yang bertanggungjawab dalam pembangunan, operasi dan penyelenggaraan mySMS 15888 serta memperluas pelaksanaan sistem mySMS 15888.
OBJEKTIF
mySMS 15888 bertujuan untuk:
- Meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
- Memastikan caj perkhidmatan mudah alih yang dikenakan ke atas pengguna adalah seragam dan munasabah.
HASIL / IMPAK
Kelebihan perkhidmatan mySMS 15888
- Pemberitahuan status pembayaran - Jaminan pembayaran diterima melalui Resit SMS
- Pemberitahuan makluman - Melalui pemberitahuan SMS
- Kemudahan Portal MySMS - Pemantauan dan pelaporan transaksi SMS disediakan
- Liputan Komprehensif - Meliputi kawasan luar bandar atau luar bandar dengan capaian internet yang rendah
- Jangkauan yang lebih luas - Membolehkan Agensi Kerajaan membuat pengumuman dengan lebih berkesan
- Kod 15888 dikenali sebagai perkhidmatan SMS semua Agensi Kerajaan
MAKLUMAT LANJUT
Puan Adawiyah Binti Md Ashar
Penolong Pengarah Kanan,
Bahagian Pembangunan Aplikasi,
MAMPU
Telefon: 03-8892 7494
E-mel : adawiyah@mampu.gov.my
Encik Mohd Nazmir bin Abdul Munir
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Bahagian Pembangunan Aplikasi,
MAMPU
Telefon: 03-8892 7494
E-mel :nazmir@mampu.gov.my
Cik Wong Ching Ching
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Bahagian Pembangunan Aplikasi,
MAMPU
Telefon: 03-8872 6396
E-mel : cching@mampu.gov.my
