Pengenalan
Media massa merupakan saluran yang digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Terdapat dua jenis media massa iaitu media elektronik dan media cetak. Media elektronik merangkumi televisyen, radio dan internet manakala media cetak pula merangkumi akhbar, majalah, buku dan sebagainya. Kini, media elektronik seperti internet merupakan saluran yang paling banyak digunakan oleh masyarakat untuk menyampaikan atau menerima maklumat berkaitan dengan sesuatu isu. Hal ini disebabkan internet lebih cepat dan pantas dalam memberi atau menerima maklumat. Umumnya, terdapat pelbagai fungsi dan peranan media dalam menambah pengetahuan serta membentuk minda masyarakat. Media juga menjadi wadah pencetus minda masyarakat ke arah lebih kreatif dan kritis.Antara peranan media terhadap pengetahuan masyarakat ialah media sebagai sumber maklumat. Media massa menjadi sumber utama kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat. Sebagai contoh, masyarakat akan mendapat maklumat melalui media massa khususnya akhbar, televisyen dan internet yang amat berkuasa dalam menyampaikan maklumat berkaitan dengan kerajaan.Selain menjadi penghubung antara rakyat dan kerajaan, media massa juga berperanan dalam menggalakkan perhatian masyarakat dan cara masyarakat berfikir untuk melahirkan perubahan sikap yang positif selaras dengan kehendak dan dasar kerajaan.Objektif
- Menjadi peneraju negara bangsa menerusi perkhidmatan penyaran berteraskan gagasan 1Malaysia
- Memanfaatkan teknologi maklumat dan media baharu untuk jangkauan khalayak yang maksimum
- Memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam membina negara bangsa
Radio Televisyen Malaysia (RTM)RTM ialah stesen penyiaran awam milik kerajaan Malaysia yang memiliki dan mengendalikan 8 saluran radio nasional, 24 saluran radio negeri dan daerah dan 3 saluran televisyen. Moto utamanya dari 1987 hingga 2004 ialah 'Teman Setia Anda'. Sejarah awal radio di Malaya bermula dengan percubaan menggunakan alat wayarles di Johor pada 1921 untuk menyampaikan maklumat sebagai hobi. Diikuti penubuhan persatuan wayarles di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang memancarkan gelombang radio. Persatuan Wayarles Pulau Pinang menubuhkan Stesen ZHJ pada 1934 sebagai stesen radio pertama negara diikuti inisiatif British mewujudkan radio yang membawa kepada penubuhan Jabatan Radio di Singapura pada 1 April 1946. Stesen radio beroperasi di Kuala Lumpur pada 1951 termasuk di Bangunan Oriental, bangunan lama Hospital Tang Ling di Jalan Young, Rumah Persekutuan dan Wisma Radio Angkasapuri pada 1971.Antara siaran RADIO yang telah ke udara adalah:
Manakala bagi pilihan siaran televisyen adalah:
- RTM1;
- RTM2; dan
- TVi
Serta Media Arus Perdana Alternatif yang boleh dipilih adalah:
- TV3;
- NTV7;
- 8TV;
- TV9; dan lain-lain lagi
Apakah Program Kerajaan yang Menggunakan TV?
- Medik TV;
- Sistem eMaklum (eMaklum);
- 1Malaysia One Call Centre (1MOCC);
- Program Kesedaran Pencegahan Pembiakan Nyamuk Aedes;
- Perangi dadah;
- Hari Kemerdekaan;
- Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST);
- Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA);
- Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); dan lain-lain lagi
Medik TV
Medik TV merupakan suatu media elektronik terkini yang memaparkan pelbagai program kesihatan, kempen kesedaran dan isu-isu kesihatan untuk dibekalkan kepada orang ramai. Medik TV merupakan penyiar rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mempunyai hak penyiaran eksklusif di semua hospital dan klinik kerajaan seluruh Malaysia. Sebagai salah satu inisiatif di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), Medik TV menyokong penuh usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia dengan meningkatkan perkhidmatan dan kesedaran penjagaan kesihatan.Sebanyak 168 buah hospital dan agensi kerajaan di seluruh negara telah dilengkapi dengan MedikTV, saluran penyiar rasmi Kementerian Kesihatan (KKM) yang membekalkan maklumat terkini berhubung KKM kepada orang ramai.Untuk maklumat lanjut, sila layari di youtube
Pautan kepada Halaman yang Spesifik