'Local e-Government'
Portal ePBT Online
Pengenalan
Portal ePBT Online merupakan gerbang perkhidmatan secara dalam talian oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Antara perkhidmatan yang disediakan melalui portal ini adalah semakan dan pembayaran akaun perkhidmatan PBT iaitu Cukai Taksiran, Sewaan Premis Perniagaan dan Kompaun. Portal ini turut menyediakan perkhidmatan permohonan Lesen Perniagaan secara dalam talian.
Latar Belakang
Kebanyakan PBT menyediakan portal perkhidmatan dalam talian masing-masing dan hanya boleh diakses melalui portal PBT berkenaan. Bagi pelanggan yang mempunyai akaun perkhidmatan di beberapa PBT berbeza, pelanggan tersebut perlu mengakses setiap portal PBT yang berkaitan untuk membuat semakan atau pembayaran.
Untuk memudahkan pelanggan, pihak Jabatan Kerajaan Tempatan membangunkan Portal ePBT Online sebagai gerbang perkhidmatan PBT dalam talian bagi PBT yang sedang melaksanakan Sistem ePBT 2.0 sebagai sistem pengurusan hasil dan perakaunan utama di PBT.
Sehingga Ogos 2019, terdapat sebanyak 45 PBT yang telah menyediakan perkhidmatan dalam talian melalui Portal ini.
Objektif
- Menyediakan pusat/gerbang perkhidmatan dalam talian bagi Pihak Berkuasa Tempatan yang melaksanakan Sistem ePBT 2.0
- Menyediakan kolaborasi dengan pihak MAMPU untuk mewujudkan integrasi portal ini dengan portal MalaysiaBiz di bawah program Small Medium Entrepreneur, High Impact Prgramme 1 (SME-HIP1).

Portal ePBT Online boleh diakses melalui pautan berikut di sini
Impak
Portal ePBT Online dapat memudahkan rakyat untuk membuat permohonan, semakan dan pembayaran bagi perkhidmatan-perkhidmatan di PBT secara setempat dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter PBT atau mengakses laman web berbeza bagi setiap PBT.
Rantaian Ke Hadapan
Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) bercadang untuk menambahbaik antaramuka portal dan menambah bilangan perkhidmatan yang disediakan melalui portal. Selain itu, JKT juga merancang untuk menawarkan integrasi antara Portal ePBT Online dengan sistem yang digunapakai oleh PBT yang tidak melaksanakan Sistem ePBT 2.0 pada masa hadapan.
