'Local e-Government'
Sistem OSC 3.0 Plus Online
Sistem OSC 3.0 Plus Online yang dibangunkan pada Februari 2019 adalah sistem milik penuh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Sistem ini adalah bagi menggantikan Sistem OSC Online yang telah digunapakai sejak tahun 2014. Penambahbaikan menyeluruh kepada sistem ini adalah bagi memastikan setiap proses dan prosedur adalah selaras dan seragam sepertimana Manual OSC 3.0 Plus.
Sistem ini pada awalnya diperkenalkan kepada 10 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai rintis bermula Julai 2019 dengan menggunakan struktur pangkalan data dan antaramuka web mesra pengguna yang baharu serta setempat. Sistem ini seterusnya dipeluaskan ke semua 98 PBT di Semenanjung Malaysia dan penggunaan sepenuhnya pada Oktober 2020 sehingga kini.
Pengguna Sistem OSC 3.0 Plus Online adalah terdiri daripada:
- Pemohon seperti PrincipalSubmitting Person (PSP) / Submitting Person (SP) iaitu Perancang Bandar Bertauliah, Arkitek Bertauliah, Jurutera Bertauliah, Juruukur Bertauliah, dan Pelukis Pelan Bangunan.
- Urus setia Unit Pusat Setempat (OSC) di PBT.
- Agensi Teknikal Dalaman (ATD) di PBT termasuk Jabatan Perancang, Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Lanskap, Jabatan-Jabatan Lain yang berkaitan.
- Agensi Teknikal Luaran (ATL) di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah termasuk PLANMalaysia, Pentadbiran Tanah Negeri, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, Agensi Perakuan Pembetungan (IWK), Agensi Perakuan Bekalan Air, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Lembaga Lebuhraya Malaysia serta Agensi/Jabatan Lain yang berkaitan.
Outcome/Impak
Sistem OSC 3.0 Plus Online dibangunkan untuk memudahkan permohonan kelulusan dan merancakkan aktiviti pembangunan di Malaysia dengan menggunakan satu sistem yang seragam dari segi tatacara dan prosedur bagi melancarkan semua proses pengemukaan pelan pemajuan sehingga bangunan siap didirikan.
Di antara fungsi dan modul utama dalam Sistem OSC 3.0 Plus Online adalah :-
- Capaian aplikasi sepanjang masa (24/7) dan di mana sahaja;
- Berasaskan web untuk kemudahan akses pelbagai peranti serta mesra pengguna;
- Pengoperasian sistem secara interaktif di antara pelbagai kategori pengguna;
- Menyediakan satu pangkalan data pemajuan berpusat yang lengkap untuk tujuan pemantauan, analisa, statistik, pelaporan dan sebagainya;
- Status permohonan secara real-time pada setiap proses yang terlibat;
- Pembayaran fi dan lain-lain caj yang berkaitan secara atas talian melalui inisiatif Gerbang Pembayaran yang dibangunkan oleh KPKT iaitu PBTPay;
- Tandatangan dan pengesahan lukisan dan dokumen secara digital;
- Mempunyai elemen notifikasi, pemberitahuan dan peringatan secara automatik kepada pengguna bagi setiap aktiviti yang perlu dilakukan;
Maklumat Lanjut
Nama,Telefon dan e-mel Pegawai untuk dihubungi:
- Nama Pegawai : En. Alfa Rizal Bin Zainudin
Nombor Telefon : 03-8891 4339
Alamat e-mel : alfarizal@kpkt.gov.my
2. Nama Pegawai : En. Mohamed Firdaus Bin Othman
Nombor Telefon : 03-8891 4346
Alamat e-mel : mdfirdaus@kpkt.gov.my
Agensi bertanggungjawab : Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
Pautan Kepada Halaman Yang Spesifik Beserta FAQ