Perjalanan Persona

Merancang Masa Depan
Selepas tamat alam persekolahan, pelajar lepasan menengah berdepan pelbagai pilihan penting untuk menentukan hala tuju hidup. Inilah masa untuk anda merancang masa depan sama ada menyambung pengajian ke universiti, mengikuti program TVET atau terus memasuki dunia pekerjaan. Ikuti topik-topik dan perkhidmatan digital berkaitan untuk membantu anda membuat keputusan yang terbaik demi kejayaan masa depan.

Membangunkan Kemahiran dan Jati Diri
Selepas menerima keputusan SPM, terdapat juga calon lepasan SPM yang mencari peluang membangunkan kemahiran dan meningkatkan keyakinan sebagai persiapan untuk langkah seterusnya. Ikuti topik berkaitan pembangunan kemahiran dan jati diri di dalam perjalanan ini.

Laluan Pendidikan Akademik
Antara pilihan utama kebanyakan pelajar lepasan menengah adalah menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi demi mengejar cita-cita dan kerjaya dalam bidang yang diimpikan. Topik-topik di dalam perjalanan ini disediakan khusus untuk anda mendapatkan maklumat yang terbaik berkaitan pilihan pendidikan selepas tamat persekolahan menengah.

