Malaysia Flag

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia

PersonaPesara

Icon Persona Pesara

Perjalanan Persona

perancangan-persaraan

Perancangan Sebelum Bersara

Perancangan sebelum bersara amat penting bagi memastikan kehidupan pekerja selepas tamat perkhidmatan lebih terjamin dan selesa. Ia merangkumi pengurusan kewangan, persediaan gaya hidup serta hala tuju aktiviti yang ingin dilakukan selepas bersara. Ikuti topik dan panduan khusus berkaitan perancangan persaraan di dalam perjalanan persona ini.

persaraan-penjawat-awam

Mengurus Persaraan Penjawat Awam

Bagi penjawat awam, persaraan merupakan satu fasa penting yang menandakan berakhirnya perkhidmatan kepada negara dan bermulanya kehidupan baharu. Pengurusan persaraan perlu dilakukan dengan teratur meliputi urusan pencen, ganjaran, manfaat kesihatan serta kebajikan yang disediakan kerajaan. Kenal pasti topik dan panduan berkaitan pengurusan persaraan sebagai penjawat awam di dalam perjalan persona ini.

mengurus-persaraan-veteran-atm

Mengurus Persaraan Veteran ATM

Bagi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), persaraan bukan sahaja menandakan tamatnya khidmat bakti kepada negara, tetapi juga permulaan fasa kehidupan baharu. Pengurusan persaraan merangkumi tuntutan pencen atau ganjaran, kemudahan kebajikan, kesihatan, serta peluang kerjaya kedua yang disediakan oleh kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan agensi berkaitan.

kemudahan-kesihatan-pesara-perkhidmatan-awam-veteran

Kemudahan Kesihatan Pesara Perkhidmatan Awam dan Veteran ATM

Sebagai pesara perkhidmatan awam dan veteran ATM, kemudahan kesihatan yang disediakan kerajaan merupakan salah satu faedah yang boleh dinikmati pasca persaraan. Akses ini meliputi rawatan percuma atau bersubsidi di hospital serta klinik kerajaan, kemudahan ubat-ubatan, rawatan pakar serta skim perlindungan kesihatan khas. Kenal pasti kemudahan kesihatan untuk pesara yang telah berkhidmat untuk negara menerusi topik-topik di dalam perjalanan persona ini.

mengurus-persaraan-pencarum-kwsp

Mengurus Persaraan Pencarum KWSP

Bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), persaraan memerlukan perancangan rapi agar simpanan yang dikumpul sepanjang tempoh bekerja dapat digunakan dengan bijak. Pengurusan ini merangkumi pengeluaran simpanan, pelaburan semula serta perancangan kewangan jangka panjang. Ikuti topik-topik berkaitan persaraan pencarum KWSP menerusi perjalanan persona ini.

mengurus-kematian-pesara

Mengurus Kematian Pesara

Kerajaan menyediakan pelbagai bantuan dan faedah selepas kematian pesara bagi memastikan kebajikan waris terus terpelihara. Sokongan ini merangkumi pembayaran pencen terbitan, ganjaran kematian serta bantuan kebajikan lain yang disalurkan melalui agensi kerajaan berkaitan. Kenal pasti bantuan dan faedah berkaitan kematian pesara di dalam perjalanan persona ini.

Carian pantas
perkhidmatan & maklumat kerajaan
© Kerajaan Malaysia Hak Cipta Terpelihara