Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Menjadi seorang sukarelawan memerlukan jiwa yang suka memberi dan jati diri yang prihatin untuk memenuhi tanggungjawab sosial. Di Malaysia, pelbagai peluang kesukarelawanan disediakan oleh kerajaan dan agensi berkaitan bagi membolehkan rakyat menyumbang tenaga, kemahiran dan masa untuk membantu komuniti serta negara. Ikuti topik dan panduan berkaitan pembentukan jiwa sukarelawan di dalam perjalanan persona ini.
Bermula di sekolah dan institusi pengajian tinggi, program sukarelawan belia memberi peluang kepada golongan muda untuk menyumbang kepada masyarakat sambil membina sahsiah, kepimpinan dan kemahiran insaniah. Bina pengalaman dan luaskan jaringan anda melalui peluang menjadi sukarelawan belia di dalam perjalanan persona ini.
Penglibatan dalam aktiviti kejiranan dan komuniti memainkan peranan penting dalam mewujudkan persekitaran yang selamat, harmoni dan saling menyokong. Melalui pelbagai aktiviti komuniti dan inisiatif kejiranan, anda berpeluang menyumbang tenaga serta bekerjasama dalam memupuk semangat perpaduan dan tanggungjawab bersama.
Sukarelawan kebajikan dan kesihatan memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan seperti warga emas dan OKU. Melalui pelbagai program anjuran kerajaan dan agensi berkaitan, anda berpeluang menyumbang tenaga dan kemahiran dalam aktiviti kebajikan,pendidikan kesihatan serta sokongan kepada komuniti.
Dalam situasi kecemasan dan bencana, sukarelawan mempunyai peranan penting dalam menyokong usaha agensi kerajaan dalam pelbagai aspek seperti bantuan kecemasan, pengurusan pusat pemindahan sementara, pengagihan keperluan asas serta pemulihan pascabencana. Ketahui lebih lanjut tentang membantu mangsa bencana di dalam perjalanan persona ini.
Menyertai pasukan sukarelawan beruniform memberi peluang kepada rakyat untuk menyumbang kepada keselamatan, kesejahteraan dan kesiapsiagaan negara melalui khidmat sukarela. Individu boleh menyertai pelbagai pasukan seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), RELA dan Pasukan Bomba Sukarela yang menawarkan latihan serta peluang berkhidmat kepada masyarakat. Ketahui lebih lanjut tentang topik sukarelawan beruniform di dalam perjalanan persona ini.